20090630

Is This Love?

Rindunya, lama sangat kot tak update. Aku dah masuk belajar, kat Kedah. Kesibukkan buat aku tak senang nak duduk depan laptop. Haih. Anyway, dengarlah aku nak cerita.

Nama dia Muhd Khairil Ridhuan.

Sejak aku kerja, sejak tu lah aku kenal dia. Dia selalu tegur aku,

habis kerja pukul berapa?

Soalan yang sama setiap kali dia datang dekat aku. Jawapan yang sama juga aku jawab kat dia. Masa tu memang layan macam biasa jea, takde langsung feeling lebih atau senang cerita memang takde perasaan apa apa pun lah. Jumpa senyum, dia kata hey, aku senyum balas balik hey.

Lepas aku kerja lepak dulu, dia ajak lepak sama. Dipendekkan cerita kami tukar number telefon dengan tujuan dia ajak aku join bisnes dia. Datanglah satu hari entah macam mana aku dan dia dah mula call dan main sistem pesanan ringkas.

Disebabkan aku nie single, handphone aku pun tak lah memekak. Tapi bila dah bosan, layan jea lah. Kejap kejap bunyi mesej, kejap kejap main handphone, dari siapa? Dari dialah, haha.

Hari ganti hari, aku rasa seronok kawan dengan dia. Aku senang dengan dia. Dia baik, memahami, caring gila babi pasal aku, pelik jugak tapi aku rasa seronok. Barangkali mungkin sebab aku dah lama tak rasa macam tue. Satu benda yang aku perasan, aku dengan dia memang banyak persamaan. (ecehh)

Apa yang aku tahu sekarang, aku dengan dia masih lagi dalam proses awal perkenalan tapi aku rasa macam dah bertahun kenal. Dia kata aku lain dari yang lain. Something different yang dia tak pernah rasa sebelum ni. Dia kata inilah chemistry. Mungkin kot.

Aku bahagia setiap kali ada dengan dia, sayang dia pada aku dah mula wujud dan apa yang lebih pasti lagi aku rindu dia dengan kerap tiba tiba. Bukan tiba tiba tapi setiap saat sampai aku tersengih sendiri teringat kenangan manis bersama baru baru ini, hihi.

Aku takut nak berharap apa apa sebenarnya, tapi aku mahu ia perpanjangan. Kalau tak ada dia, maknanya tak adalah orang yang akan buat aku rasa gembira semula.

***


Untuk awal minggu ni aku dah jumpa kawan yang sekepala dengan aku dan gila gila tahap cipan kat sini. Erin, Siti, Suri, Yana.

Sengal betul.







20090619

Bye bye.

Jiwa sedikit kacau beberapa hari ni. Mungkin kerana sudah agak lama melupakan Tuhan, macam biskut sekejap ingat sekejap lupa. Hinanya aku. Mungkin sebab penat kerja kot, esok hari last aku kerja. Mulalah nak sedih sedih rasa rinduu tu, haih dan mungkin juga sebab aku tak habis habis asyik perang mulut dengan mak jea.

Makin dekat aku nak pergi makin macam macam isu timbul. Padahal takda benda pun. Hmm, mak mak -.-

Lagi 3 hari lagi aku nak masuk belajar. Masuk negeri Kedah orang utara sana, ahh tak sukanya. Belum tentu aku dapat sesuaikan diri, sumpah akan ambil masa yang lama gila babi. Perasaan aku tak boleh nak tafsir sekarang. Nak kata aku excited tak lah sangat, gembira sungguh lagi lah tak. Apa yang aku tahu, aku nak merengek nangis sebab aku tak nak pergi pun sebenarnya, uwaaa.

Faiz dah lama takda cerita. Aku dah tau dah, kan dari dulu memang orang buat aku macam sampah & mainan, kalau kau rasa nak datang kau datang. Agak agak kau dah muak, dah jumpa game baru kau, kau blah kan? Aku ingat kau tak akan berhenti kawan dengan aku.

Tapi kau pun dah termasuk dalam salah satu list aku? Malas malas, biarlah. Tak nak fikir lagi dah, buang jauh jauh. Apa apa pun aku gembira selama kita berkawan.

Rasa sayang dengan rindu tu sama ke? Tak kan? Mana ada sama.

Satu permulaan baru, mungkin terlalu awal tapi apa yang pasti sekarang aku dah mula buka hati dan jiwa aku pada seseorang, lelaki. Mestilah, aku bukan lesbian. Dan apa yang lebih pasti lagi adalah aku akan kerap rasa rindu pada dia. Oh, susahnya bila dah ada rasa macam ni.

By-the-way, siapakah? Jeng jeng jeng. Nantilah. Belum ada apa apa pun lagi lah. Baru nak merangkak kenal, haha.

***

Dengar cerita ada orang menjerit sakan habis tengok Drag Me To Hell tempoh hari. Siapa? Hihihi, akulah!

20090612

Bukan benci, tapi dah letih.

Jika kau tahu menipu untuk mencapai hajat kau, aku lagi pandai menipu untuk mencapai hajat aku. Kalau kau tahu buat wayang dengan teruskan sembang sembang kosong dan cerita cerita dusta kau, mungkin aku lagi pandai kot. Atau kau memang boleh dianugerahkan dengan award acting paling jaguh?

Pada detik sekarang, dah terlalu ramai sangat dah golongan orang yang terlalu hebat dengan babak-babak cerita dan wayang yang di reka penuh emosi di meja meja dan tepi tepi jalan. Sebab tu lah wujudnya 'anak wayang'.

Aku dah letih dengan melihat penipuan alah gampang dan wayang yang kau asyik lemparkan pada aku. Percakapan dan perbuatan perbuatan yang tak masuk akal dan kononnya cerita kau lah yang paling lebat. Lepas sorang sorang. Haih, letih. Sumpah letih.

Bila kau buat macam tu, aku masih berdiam. Diam bukan sebab takut, tapi malas nak layan. Diam jugak tak bermakna kau boleh bercakap ikut suka hati mak ayah kau. Kalau kau betul betul sedar dan maksudkan apa kau cakap, aku akan terima maaf kau tu. Barangkali masih ada lagi wujud sifat memaafkan dalam diri ni.

Kalau aku punya kuasa, aku nak dan akan putar waktu tu dan cakap, kan bagus kalau aku tak kenal kau dari awal dulu? Dan kalau ikutkan nafsu gila dan emosi jiwa yang tak terkawal, aku nak sangat buang kau jauh jauh dalam lombong paling busuk sekali.

Janganlah kau nak cakap, sedangkan nabi pun maafkan umat. Itu nabi, nabi lain. Aku bukan Nabi. Aku manusia biasa dan perempuan yang sering kau mainkan. Perempuan yang bila kau rasa susah, oh ada aku. Perempuan yang kalau kau rasa bosan, cari aku. Perempuan yang saat kau hilang arah tak siapa ada disamping kau, terhegeh hegeh dan merangkak lah kau cari aku, dan sekarang perempuan ni juga lah yang kau caci maki hina buat tak tahu dan abaikan saat kau dah senang dan setiap kali rasa bahagia.

Ya, akulah perempuan itu. Terima kasih weh, aku hargai sangat sangat.
***

Arwah nenek aku selalu cakap, biar orang buat kita jangan kita buat orang. Malas dah nak fikir benda alah gampang ni. Pergi dapur makan biskut meri cicah kopi lagi bagus. Tapi kira kira kalau kau jatuh ke apa nanti, aku rasa kau tahu mana nak cari aku kan? Bye.