20091004

Ini Tentang Hati 2.

Semalam awak bagitahu semua yang awak rasa pada saya. Jujurnya awak. Saya hargai sangat.

Comel pulak saya tengok awak macam tu ;)


Dan saya rasa awak tahu apa yang saya rasa kan ?

*senyum

20091003

Rindu nak ketawa sampai letih.

Rasa macam nak jadi budak kecil balik & hidup masa zaman kanak-kanak yang penuh dengan keseronokkan dan gelak ketawa.

Makan ais krim sampai comot-comot mulut. Main kejar-kejar sampai luka berdarah, pastu gedik-gedik menangis ngadu dekat mak kata kawan buat. Main masak-masak pakai daun dengan pasir, curi make-up mak & kakak main solek-solek lepas tue tunjuk dekat jiran geng sebelah siapa paling hot, main kawin-kawin tak kira lah sama jantina ke tak.

Ha-ha, seronoknya masa tu.

Dulu semua benda yang nampak nak, kalau keluar pergi pasaraya ada jea benda nak mintak macam-macam kat mak. Kalau boleh, nak borong satu kedai.

Duit satu sen pun tak keluar. Tak payah nak serabut otak fikir masalah yang datang. Tak payah nak pening-pening fikir nak uruskan itu ini. Hari-hari dapat gelak sampai pecah perut, habis kelas mengaji petang, mesti nak jumpa geng-geng kutip duit sorang 20 sen beli ais krim malaysia belakang rumah.

Rindunya zaman indah comel aku.

Tapi itu dulu. Sekarang lebih banyak rasa sedih itu dari gembira. Hidup kena lebih berdikari sekarang bila dah besar & semakin membesar. Tak boleh nak harapkan mak dan orang lain lagi dah.

Bila jadi bahan ketawa orang, jadi makanan kawan sendiri, ada masalah bertan-tan, nak mengadu dekat mak pun dah jauh. Mak kata kena jadi kuat, sabar. Sebab kalau kita sabar kita akan dapat apa kita nak.

Semalam ada sorang kawan terasa hati dan marah sebab ingat aku dah lupa pada dia. Susahnya. Letih kalau asyik nak kena jaga hati dan perasaan orang lain jea. Hati aku, siapa nak jaga? Buat baik selalu pada banyak orang tapi orang selalu buat cilake dan jahat pada aku.

Aku tak kata aku sempurna. Cuma kalau kau lagi tua atau lebih baik, aku akan simpan rasa kecil hati aku itu. & akan ada rasa hormat aku pada kau. Bila masalah asyik datang jea, dan ada yang lepas tangan rasa macam nak terajang orang tu sampai lumat dan malas nak ambil peduli tentang orang lain & abaikan semua rasa kecewa tu.

Penat tahu tak.
***

Kalaulah pari-pari kecil itu betul-betul wujud, aku nak khabarkan pada mereka supaya putar waktu sekarang dan kekalkan rasa bahagia zaman kecil yang aku punya dulu.

Off record.

20091001

Ini Tentang Hati.

Gembira di sebalik kesedihan.

Kadang-kadang aku pura-pura ketawa dan senyum pada semua orang bila setiap kali masalah kunjung. Sebab aku dah sangat-sangat letih menangis. Sangat.

Awak, haritu saya rebah. Dan awak ada. Terima kasih kerana sentiasa ada dengan saya.