20090430

Anger.

Hari yang memenatkan dan membosankan. Aku rasa marah pada diri aku dan orang sekeliling. Layanan yang macam gampang, perkataan yang keluar dari mulut buat aku benci pada semua dan diri sendiri. Aku rasa nak tumbuk dinding rumah aku sampai tangan jadi merah lebam, merasakan betapa bodohnya aku kerana melukakan diri sendiri.

Aku teringin nak tampar makcik sebelah jiran aku yang memekak marah anak dia, aku rasa nak menjerit sampai anak buah aku di JB dengar, aku rasa nak pukul adik aku sampai dia meraung minta dipujuk. Barangkali sudah hilang kewarasan dalam diri.

Aku rasa menyampah dengan melihat kebahagiaan orang terdekat dan sekeliling kerana merasa diri aku tak berguna dan sepi tanpa gelak ketawa yang sebenarnya aku tak sedar aku sudah pun punya nikmat bahagia. Bodoh, dungunya aku. Tak reti bersyukur. Ini bukan sifat aku.

Masalah aku sebenarnya apa ? Entah kenapa emosi marah itu tiba tiba singgah. Benci, meluat,rasa dikhianati,keadilan yang tak pernah aku rasa. Beri tahu aku siapa boleh tolong hilangkan perasaan ini ? Kau boleh ?

***
*ketuk ketuk ;
"siapa dalam toilet nie ? boleh cepat siket ? nak amik air sembahyang lah "

Aku.

20090428

Persoalan singgah.

Aku tanya kakak aku, Aishah. Tentang perasaan dan apa sedang dalam fikiran aku sekarang. Itulah benda yang kami buat sebelum tidur. Gelak ketawa, berkongsi cerita & kisah hidup dan tentang kehidupan yang penuh hitam putih. Kalau diberi pilihan, semestinya aku lebih memilih putih dari hitam walaupun aku tahu, aku perempuan yang tak pernah henti buat dosa dan silap.

"ateh, kalau kita pernah janji dgn seseorang tu, yg kita nak buat sesuatu untuk dia masa hari istimewa dia tapi kita tahu dia bukan punya kita lagi, kita patut ke teruskan janji tu ?"
"tak payah kot, terpulanglah mcm mana layanan dia pada awak, kalau dgn dia awk rasa sakit knp nak teruskan"
"tapi kan dah janji, janji mestilah kena buat, tanak orang kata penipu"
"kenapa perlu teruskan janji tu kalau awk tahu janji tu tak patut awk tunaikan untuk dia?"

Aku terdiam, fikir sampai penat.
Goodnight kakk.

***
Hmm. Aku rindu nak ketawa sampai letih.

20090424

Pagi Jumaat.

Aku menulis untuk bercerita dalam meluahkan segala rasa ,
aku bercerita atas dasar pengalaman.
Aku berbicara untuk berkongsi.
Aku berkongsi cerita untuk rasa dihargai.


pinjam mata , pinjam telinga ?


Tidak perlu beri tindak balas kalau kau rasa malas.

dengar lah aku sembang bercerita. Hanya itu.
***

Anyway , ini blog aku yang kedua. Terbaruu punya. Kisah dari kehidupan baru kot. So , enjoy (: