20090519

Paling takut.

Malam ni, aku habeskan detik malam dengan sorang kawan, bercerita di YM. Seronok sembang dengan dia. Tiba tiba singgah satu pertanyaan. Udin tanya aku ;

Udin : gurl, ada satu soalan. dlm bnyak2 benda hidup kat dunia ni apa yg gurl plg takut skali?
Aku : erm benda ?
Udin : benda hidup, tak kira laa ghaib ke

Aku jawab satu nama jea, Manusia. Ya, manusialah paling aku takut.

Udin : haaaa, kita satu geng sep sep :D
Aku : ohh yea ? hee yeah sep siket.
Udin : asal gurl takut ?
Aku : sebab manusia boleh buat hati gurl mati , benda ghaib hanya buat jantung jadi laju. & tak pernah dgr pulak hantu rogol & patahkan hati perempuan. kan ?
Udin : ahaa, betul betul. tapi jawapan udin lain siket.
Aku : apa ?

Udin jawab ; kat dunia ni yg paling jahat manusia lah , yg buat bumi panas siapa? haiwan ke hantu ke? manusia kaaan. yg bunuh binatang2 terancam tu sapa? manusiaa kaaan. tapi kalau ada manusia mati kena baham ke apa ke binatang tu balik yg kena bunuh , apaalh dah sah2 binatang tak ada akal . manusia yg ada akal ni pulak tak nak fikir, lepas tu mmg setan yg menghasut rogol , bunuh and all the thing tapi yg buat sapa? manusia kan ?

Aku gelak dgn Udin, terasa benar betul apa yang dia kata. Fikiran kami sama, masing masing paling takut pada manusia.

***

Kalau manusia tidak takut pada Tuhan, memang patutlah kita takut pada manusia kan ?

20090517

Awak, mintak maaf.

Baru baru ni ada seorang mamat mintak couple dengan aku lagi. Nak bercinta dengan aku lah kononya. Sudah masuk kali ke 7 kot insan bergelar lelaki mintak couple dengan aku dalam masa tiga bulan setelah aku hidup dengan diri ini bukan milik dan hak siapa siapa. Tapi semua aku tolak. Mungkin aku jenis memilih atau barangkali nafsu aku untuk terjebak dalam cinta mati sayang ni belum timbul lagi buat masa sekarang.

Tapi bila aku fikir balik beberapa kali, agaknya aku akan mula ada rasa tu bila, terasa penat pulak. Janganlah tak percaya dan asyik tanya aku kenapa aku takde boyfriend. Penatlah nak jawab, aku tak mahu cerita pun. Aku tak perlu aku rasa, bukan penting sangat walaupun aku tahu aku mahu seorang yang selalu dampingi aku.

Tapi punya lelaki yang mahu aku dan akhirnya campak dan buang aku macam sampah masa detik akhir nanti, buat apa. Itu lebih menyakitkan kan ? Bukan nyawa aku kena cabut aku rasa, meninggal pun pasti tidak akan jadi kalau aku takde boyfriend. Tuhan kan wujud, percaya jodoh jea lah.


***

Aku penasaran betul dara dara & teruna yang semalam aku nampak dia dengan orang ni esok dan lusanya pulak lain, ehh byknya stok cintan kau ? jaguh gila.

20090516

Dingin malam.

Malam semakin larut, aku cuba lelap mata tapi entah kenapa aku rasa makin aku cuba makin susah. Flu, sakit tekak dan sakit dada buat aku payah untuk rasa lena tidur malam ni. Haih.

Aku mula menagis. Rasa sunyi, mahu didampingi. Seram sejuk lah. Macam ada sesuatu yang memang dari tadi renung aku -.- errr.

***
Pinjam bahu ?

20090511

Terima Kasih , cinta

Aku selalu rasa tak disayangi dan tak diperlukan oleh keluarga, rakan rakan dan orang sekeliling aku. Aku penat bila ada sesetengah melabel aku pembawa musnah dalam hidup, sakit bila di kata gadis paling bangsat pernah dia jumpa & kenal, benci saat di sebut tidak tahu menghargai dan sepi bila waktu tiada seorang pun yang ada untuk dampingi aku masa hati aku tengah menangis.

Tapi ternyata aku silap, barangkali semua itu keluar dari mulut mereka bila emosi yang mengawal keadaan. Aku bersyukur masih punya mereka, mereka yang sebenarnya sayang dan cinta aku. Terima kasih , Tuhan.

Hari lahir aku yang ke 18 merupakan suatu keistimewaan pernah aku rasa dalam hidup aku walaupun merasakan diri aku sudah semakin meningkat tua. Perasaan aku saat ini sungguh tak terkata dan terharu bila ahli keluarga serta kawan kawan sanggup buat party kejutan untuk aku dan adik. Baru aku sedar yang diri ini masih lagi di perlukan dan di hargai oleh mereka.

Terima kasih pada mak, ayah, kakak, abang, kawan kawan & semua yang sanggup susah payah dan hadir pada hari itu. Mereka yang merancang semua tue. Aku tahu mereka sayang aku & mereka adalah segalanya bagi aku. Terima kasih juga dekat orang orang yang aku kenal, yang pernah ada dalam kisah hidup aku, yang masih simpan aku dalam memori serta semuanya lah sebab masih ingat dan ucap selamat hari lahir untuk aku pada 10 May tempoh hari.

Ohh yea, aku seronok dan tak sangka gilaa kot sbb dapat hadiah dari Kak Aishah, Shasha, Kak liya, Kecik, Hafiz dan beberapa lagi rakan lain. & aku tahu party kejutan semalam adalah hadiah dari mak ayah kakak serta abang. Trimas sayang sayangku.

***

Aku masih menunggu hadiah dari yang lain sebenarnya. Jangan lah berjanji kalau tak dapat kotakan, tak elok tahu xD