20100126

Kesal.

Sebab kau bohong aku.

Dan secara terang-terangan kau dah buat aku rasa macam mula nak ada rasa benci terus kat kau. Jangan paksa-paksa aku lagi boleh tak? Cukuplah aku dah rasa kesal untuk kali ke berapa pun aku tak tahulah.

Barangkali masuk kali ini dah lebih 3 4 kali kot, malah berkali-kali. Bukan dengan kau sorang jea, tapi semua orang sekeliling kau.

Rimas. Sumpah aku rimas doe dengan sikap kau yang macam tak faham bahasa. Aku rasa aku cakap Bahasa Melayu penuh tulen dengan kau. Tak tahulah pulak kalau dalam slip SPM aku dulu dia nak tulis gred G tapi ter bagi A.

Atau kau sengaja buat-buat tak faham?

Cukuplah. Jangan cari aku. Jangan paksa, desak, merayu atau apa sahaja dengan aku lagi. Aku dah tak nak tue tak nak lah. Aku dah jelaskan dekat kau semua. Adalah sebab aku sendiri kenapa aku buat macam nie dan kita jadi macam tue. Tolonglah faham. Tolong faham yang aku dah betul-betul give up. Dan kali ini, sumpah memang aku betul-betul dah terlalu give up.

Aku nak bagi kau peluang tapi peluang yang aku bagi tue buat aku rasa macam sia-sia. Macam tak berbaloi langsung. Potoi gila. Menyesal, sedih, sakit hati, menyampah. Rasa macam ditindas sekali lagi.

Lagi dan lagi.

Dan nak dipendekkan aku dah tawar hati lah senang cerita. Heartless. Jahat, babi, kejam. Macam sial kan aku? Infact dengan semua orang pun, tak tahu lah apasal tiba-tiba jea. HAHA, dah gila kot, haa yea ahh tue. Tapi kau still macam tak faham-faham jugak.

Whateverlah, aku dah keras nie. Tak tahu nak cakap apa dah. Kau memang nak tengok aku betul-betul marah kan?


Tunggu.



20100124

Tenang Dalam Kerinduan.

Aku sama sekali tidak dapat lelap bila engkau benar-benar di sini
di sebelahku.
setiap detik bersamamu
terlalu berharga untuk dibazirkan
dengan tidur
dan
mimpi-mimpi tentang kamu
mimpi aku yang panjang
aku masih tidur dalam dakapan mu
biarkan aku di sini
mimpi-mimpi tentang kamu masih belum cukup untuk di isi dalam ruang rindu aku.

"wajah awak bersinar macam bulan lah malam ini" bisik aku dalam tidur.

***
Aku ini gila, bercakap dengan bulan.
senyum, menangis sendirian.
jangan sesiapa pun menjadi pengikut aku ketika ini.
aku sedang terbang di lapangan langit tidak berpenghuni ciptaan mimpi aku sendiri.
kau boleh namakan tempat ini dengan Kota Babylon Langit ke-7.
engkau mahu ke sana?
pejamkan matamu, aku sambut kamu dalam mimpi ku dan bertolaklah kita melalui segenap ruang perantaraan tanpa ruang dan masa.
Abaikan tentang dunia yang sememangnya bukan milik kita ketika ini.
tentunya aku menjanjikan kebebasan melebihi dari sebebasnya sang burung kerana sang burung tetap pulang ke sarangnya.
tetapi kita?
sebebas seperti sang putera puteri yang terbang di kayangan.
di kalangan kita dalam jajahan ciptaan mimpi aku sendiri.
ah! rasa aku siapa? si puitis bibir manis persembahkan dunia fantasi?
atau si pereka jalan cerita dongeng 'si cantik dan si buruk rupa' di TV3?
ah, aku si manusia biasa-biasa bukan siapa-siapa yang mereka anggap ratu untuk disembah sembah hanya kerana karya tepi pintu.
aku, tiada apa-apa.
aku tiada apa untuk dipersembahkan untuk mu.
tiada jam tangan gucci sebagai hadiah perkenalan, baju-baju jenama pertengahan untuk diperagakan di majlis jamuan tahunan,
melainkan 'karangan berangkap' yang membuat engkau tersenyum.
engkau rasa bahagia disaat duka,
engkau rasa di belai, walau secara halus.
yang engkau dan aku cipta rasa bahagia, untuk di kongsi bersama,
untuk aku lekatkan di dinding hati ku.
aduh, perihnya sakit rindu ini!
harap-harap dia datang bawa ubat penenang hati.
siapa dia?
pandai-pandai hendak mengubati aku ini.
bukannya apa,
aku berpenyakit gila
ubatnya, hanyalah dia.
hmm, nasib baik engkau datang.

***

Sekiranya ada nota untuk dikirimkan kepada awak, akan saya selitkan di celah pipi awak, supaya apabila awak bangun kelak, saya merasa sungguh bahagia dengan ukiran senyuman awak yang dipersembahkan pada pagi yang indah. Saya akan membuatkan awak tersenyum bahagia pada pagi yang indah!