20090728

Gahaha.

Habis kelas, terus keluar. Terpaksa rempuh dan lalu satu sudut yang ramai gila student. Persoalaan aku singgah pada Eryn.

Sayang, kita dua pakai spendar kat dalam kan ?

Haa yelah, kenapanya ?

Tapi kenapa orang orang sekeliling pandang kita macam kita nie pakai spendar kat luar jea ?

HAHAHA , sengal*

Alaaa gurl, nak heran apanya, kitakan orang segak.

***

Alamak, perasan ! hihi.

20090727

Kerana aku seorang anak.

Bayar yuran + daftar subjek
Daftar barang electric

Baju ko
Duit nak beli buku itu dan ini
Duit belanja

Bla bla blah.

Macam macam nak kena bayar. Lepas satu satu, botak kepala kalau asyik macam ni.

Telefon mak, mengadu macam macam. Ikutkan keselesaan memang jauh gila beza lah rumah sendiri dengan duduk 5 6 orang satu rumah dgn orang yg macam macam ragam dan berbilang negara.

Tv entah bila nak sampai pun aku tak tahu. Aku rindu nak gelak sampai letih tonton hagemaru dgn ayah dan si nakal zaraa.

Dah masukkan duit dah, study elok elok kat sana ye sayang.

Haih.

Sumpah rasa serba salah gila babi kat mak, ayah, kakak. Macam terlalu jadi beban kat mereka. Macam lebih banyak tanggungjawab nak kena buat. Memang tak sedar di untung lah kalau aku main main kat sini lepas tu final result macam gampang, kena tendang keluar, aku duduk terkangkang.

***

Percaya aku mak. Im trying my best here, mark my word.

20090715

Bengang lah.

Aku dah bangun awal pagi. Perasaan teruja gila dari semalam tak sabar nak pergi kelas jam 8 pagi disebabkan semalam kelas memang takde langsung. Tapi bengang gilaa tahap dewa.

Bus kolej lambat nak mati kalah siput babi. Siput babi lagi laju kot.

Awak, kelas mana, bole masuk tak? Gurl dgn Yuya dalam bus on-the-way ni.

Baik ampa jgn masuk, buat malu jea pasal tadi baru ada budak kita kena halau.

Grrrrrr

Driver bus kolej, pasal kau aku tak dapat nak masuk kelas.

Bodoh bodoh bodoh.

20090713

Monday morning.

Kepala pusing, jiwa tak tenteram, hati kacau. Aku masih lagi dalam mood kekosongan. Entah lah, mungkin kerana kerap kali lupakan Tuhan. Aku period okay. Esok atau lusa mungkin dah boleh mandi wajib. Dah boleh sembahyang & berdoa pada Tuhan semula.

Aku kecil dan terasa hati semalam. Pertamanya pada diri aku sendiri. Kedua sebab dari haritu aku tunggu Sya, gadis aku reply msg aku tapi malangnya msg dari orang lain yang aku terima. Ketiganya, aku nak balik tapi tak dapat. Uhuk.

Dengar cerita ada perjumpaan semua budak hostel kediaman dekat hall malam ni. Apa cerita? Senior nak berkenalan dengan junior junior ke? Sumpah malas nak pergi.

***

Mood aku dah hilang terus. Apa yang aku tahu sekarang aku nak nangis. Aku rindu mak, nak ayah, rindukan kakak adik aku & rumah.

Mak, nak balik. Sekarang :'l

Pergi diam ah !


20090712

I miss you.

Boleh saya sayang awak sampai bila bila? Boleh awak sayang dan jaga saya sampai hujung nyawa awak dan janji takkan tinggalkan saya?

Tapi jangan berjanji kalau tak boleh, saya takut nanti jadi beban buat awak. Hmm.

20090704

Far Away.

Utara-Semenanjung-Utara-Semenanjung.

Rasa rindu tu makin kuat. Rasa rindu tu makin dalam.
makin banyak, makin kencang.

Haih.
***

Julai 2009, class dah bermula. Ada mamat cuba tarik perhatian aku dari mula nampak aku sampai lah sekarang. Tu lah, siapa suruh usha muka tak lawa ni. Kesian awak, kan dah terlanggar tiang.

Kah Kah Kah, bagi kahak baru tahu.