20090831

Merdeka dah?

Semua orang sibuk tanya malam merdeka sambut mana, buat apa, seronok ke tak? Tahun ni takde rasa langsung macam nak sambut apa-apa upacara. Macam lagi baik duduk bilik diam sorang-sorang layan cerita hindustan sambil makan super ring dengan minum ribena.

Tahun demi tahun makin membosankan jea. Mat-mat kaki merempit serta minah-minahnya lah kot yang paling teruja nak sambut merdeka.

Raya lagilah. Takde langsung rasa nak raya. Cuma perasaan serta nafsu tak sabar dan tak terkawal nak makan ketupat rendang lemang dan kuih-muih tue jea sangat kuat.

*gelak

Dengar cerita keluarga-saudara mara dah macam erkk? Haih tak tahu macam mana nak berdepan dengan perempuan itu. Kena pura-pura macam tak pernah jadi apa-apa ke? Atau konon-konon kena berlakon bila depan kena jadi baik sangat, macam malaikat.

Fuwahh, jangan hipokrit. Tak elok. Jadi diri sendiri lebih baik.

Orang kata kita kena ada semangat merdeka sebab tahun ke tahun negara kita aman sentiasa.

Perlu ke?

Haram jadah. Aman apa kalau hari-hari ada jea macam-macam berita paling gempak dan terbaik dari ladang oleh rakyat-rakyat Malaysia yang kononnya ada sikap mulia, sopan-santun, berbudi bahasa dan paling terpuji?

Kalau betul lah semua macam tue, takde lah sorang mamat ni kena masuk penjara 15 tahun sebab merompak rumah Pak Cik Rahim jiran sebelah rumah kawan aku tempoh hari.

Aman ke kalau macam tue?

Tapi secara jujurnya, aku still bersyukur sebab aku masih lagi tinggal dekat negara Malaysia ni. Happy Merdeka everyone.

20090828

Daddy's Little Girls.

Minggu nie aku balik kejap sebab nak berbuka puasa dengan keluarga & jumpa adik-adik. Seronok sangat, hee. Setiap hari sayang, setiap hari rasa rinduu. Sayang my Lil Zaara & Wawa :D

20090827

Berakhirnya Tentang Kita.

Semakin kau dekat dengan aku, semakin kuat rasa kecil hati & kecewa aku pada kau. Penjelasan dan keputusan yang aku buat pada kau seakan-akan kau tak langsung mengerti atau kau memang sengaja buat-buat tidak faham?

Aku dah letih dengan semua kata-kata yang kau janjikan pada aku. Kau tak henti bertanya soalan yang sama. Apa yang buat aku jadi macam ni dan macam tue? Senang. Malam yang kau marah-marah & maki aku tue punca kenapa perasaan aku hilang terus pada kau.

Bukan hilang, bukan aku buang. Cuma sudah kurang. Entah kenapa kejadian yang jadi buat aku rasa macam hilang semua rasa tue.

Aku menangis. Kosong. Mati.

Bukan kerana ada jantan lain yang singgah di hati aku, bukan sebab aku dah benci pada kau, bukan kerana aku dah bosan pada kau.

Tidak, tidak sama sekali.

Berhari-hari aku fikir apa yang terbaik untuk kita sebenarnya?

Aku hanya perlu ruang aku sendiri. Hidup bersama gadis-gadis aku tanpa ada lelaki yang boleh dilabel sebagai insan lebih istimewa dari teman-teman lelaki aku yang lain.

Untuk masa sekarang, aku taknak terikat dengan satu orang pun. Aku taknak dan jangan tolak aku ke sana-sini. Aku tidak mahu dicop atau dilabel atas kepunyaan & hak siapa-siapa.

Kau baik, baik sangat. Kau ambil berat pasal aku, kau jujur, setia & sayang pada aku.

Aku kejam, aku bukan perempuan yang baik untuk kau seperti mana yang kau sendiri kata kat aku. Barangkali kau akan jumpa yang berkali-kali ganda lebih baik dan mulia dari aku. Percayalah.

Aku sayang kau, cuma aku lebih selesa kalau antara aku dengan kau tidak ada sebarang ikatan. Hanya kawan. Mungkin satu hari nanti ada jodoh kita, adalah. Siapa tahu kan?

Maaf & terima kasih untuk segalanya. Itu keputusan yang aku buat. Aku yakin dan aku pasti. Titik.

***

Terima kasih atas lagu yang kau cipta dan nyanyikan pada aku tempoh hari. Aku hargai. Aku terharu sangat. Kenangan antara kau & aku akan menjadi memori untuk aku abadikan sampai bila-bila.

Thanks a lot , Iwan.

Off record.

20090823

Ramadhan kembali.

Pertama kali dalam hidup rasa suasana puasa, berbuka & sahur tanpa ahli keluarga. Masa hari pertama azan berkumandang, air mata aku yang jatuh mengalir. Rindu pada mak, ayah & semua di rumah.

Biasalah bila dah belajar jauh, kenalah kuat bila jauh dengan yang tersayang. Tapi ada gadis-gadis di sisi buat aku rasa bahagia bagi mengganti rasa sedih itu.

Salam Ramadhan buat semua cinta hatiku :)

20090817

Kecil Hati.

Aku bukan si jaguh yang hebat bermadah. Aku bukan gadis rupawan yang boleh kau rasa bangga bila jalan bersama. Aku bukan hartawan yang ada rumah & kapal besar. Aku juga bukan sang perempuan yang punya duit berkepuk-kepuk dalam poket.

Aku cuma gadis biasa yang kadang-kadang senang untuk dilayan ala gampang & dicaci macam langsi. Gadis yang banyak orang rasa letih saat mendengar balada jiwa gila aku.

Memuaskan. Memenatkan, lemah. Keterlaluan berani, di benci. Keterlaluan takut, di ejek. Bebanan. Tewas. Di sanjung, di hormat. Di maki, di herdik. Di sayang , di hargai.

Peristiwa yang jadi antara aku dengan kau dan orang sekeliling baru-baru ni buat aku berfikir tentang banyak perkara. Penyesalan wujud dengan tiba-tiba. Merasa betapa gelojoh dan bodohnya aku kerana terlalu awal dalam menjebakkan diri semula dengan kaum yang sejenis dengan kau.

Mana silap aku? Macam-macam bermain dalam kepala otak. Aku hanya nak ruang aku sendiri untuk aku fikir apa yang baik untuk aku. Aku dah letih dengan menjadi aku.

Aku dah letih kerana hidup dengan terlalu bersedih dengan ketepikan perasaan gembira tue, baru perasan yang aku ini selalu berusaha sedaya upaya menggembirakan orang sedangkan sekeliling abaikan kegembiraan yang patut aku punya.

Gembira bila diangkat sebagai perempuan, gembira bila disanjung sana sini & bila senyum aku tanda okay untuk kau, kau akan mula memperdaya dan tanpa aku sedar sebenarnya kau cuba mengawal aku perlahan-lahan.

Jiwa mati, perasaan menjadi kosong.

Itu yang aku rasa sekarang, untuk detik ini -.-

20090812

Kediaman 971.

Sejak dua tiga hari dah balik rumah ni, aku banyak berfikir. Tentang mak, tentang ayah, tentang adik dua orang yang masih kecil dan tentang rumah paling manis pernah aku tinggal. Sekarang dah tak macam dulu.

Dulu masa ada bibik, boleh lah nak suruh itu ini, semua benda dah tersedia. Semua benda nak, mesti kena dah ada. Semua benda mintak mesti kena tapat pada masa, tak boleh lambat siket pun. Tak boleh salah langsung.

Kalau tak, mulalah bising-bising mengamuk sana sini. Sebab tue masing-masing makin manja, mengada-ngada, gedik berguni-guni. Padahal benda kalau ikutkan logik akal umur, memang dah patut buat sendiri dah.

Termasuk lah aku.

*gelak

Tapi tu semua lebih kepada adik adik. Aku faham, budak kecil. Belum belajar lagi, mana tahu apa-apa. Sebab tue bila kata jangan main api, lagi dibuat jadi hobi.

Aku dulu ada jugak tolong buat apa yang patut, dah memang jadi tanggungjawab sebagai kakak. Sumpah tak cakap bohong. Tapi bila dah ada pembantu, lebih tinggilah rasa malas tue dari rajin.

Sekarang tak lagi, jangan harap nak dapat layanan macam raja king permaisuri agung. Mak harapkan aku dan kakak lain untuk uruskan apa yang patut. Kemas rumah, basuh, jemur kain, lipat kain, masak, siapkan meja makan, gosok baju sekolah adik, tolong ayah kemas laman rumah, tolong mak kat dapur, infact semuanya lah.

Sebenarnya benda tue biasa bagi aku dan adik beradik lain, cuma bila kadang-kadang rasa penat-bengang-malas-tak dihargai tue muncul kalau takde yang nak kerjasama. Balik-balik muka yang sama buat, siapa tak angin. Mulalah keluar asap kat telinga, badan kalau boleh tanak hijau macam hulk, nak merah macam elmo, baru macho.

Ada masa-masa adik & member gelak tengok aku mengamuk, sebab kelakar. Muka pulak macam tupai bila merajuk, tupai comel siket kot. Haha. Aku jarang marah, tak suka marah pun.

Aku lebih suka diam dari bercakap bila rasa marah itu kunjung. Takut nanti kalau dah mula bersuara, mula lah keluar bahasa-bahasa kurang sopan, ayat gampang serta langsi. Tapi ada orang takut dan sebut nama Tuhan banyak kali bila lihat aku marah.

Banyak orang macam tak percaya. Kenapa?
Alaa, aku bukan baik sangat pun.

*mengeluh

Bila aku, kakak abang semua dah besar sekarang, semua ada tugas masing-masing nak kena buat. Belajar, kerja, suami-anak. Duduk jauh dari mak dengan ayah. Tinggal adik wawa & zaraa jea dua orang kat rumah.

Budak kecil umur 11 tahun dan 5 tahun, setakat mana jea dia mampu tolong?

Kesian kat mak. Kesian kat ayah.

Aku dah masuk belajar, duduk jauh dari rumah. Mana dapat nak balik hari-hari. Kak long pulak duduk JB, lagi banyak tanggungjawab nak buat bila dah ada laki dan anak.

Untung lagi ada makcik aku yang nak tinggal bersama. Terlalu banyak pengorbanan yang dia buat sampai aku rasa takde siapa boleh ganti hati sebaik & semulia makcik aku.

Ada Kak aishah yang kadang-kadang pulang terus tidur letih kerja, aku mengerti. Kak Min yang sanggup berulang-alik tunaikan kemahuan adik kecil dan mak demi laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak & kakak.

Kak Min memang baik, baik sangat.


Tapi tak bolehlah kalau nak harapkan mereka jea. Mak pun kadang-kadang sampai letih tak daya nak buat apa, balik kerja sana sini dah penat. Aku kagum dengan mak. Mak berusaha keras untuk keluarga. Ayah pun sama. Sebab tue aku hidup untuk mereka. Sebab mak kata mak hidup untuk anak-anak dia.

*sebak

Maaf mak, sebab tak dapat nak tolong gosok baju kerja mak lagi. Ampun ayah, kerana tak dapat nak siapkan meja makan ayah. Wawa, zaraa, sorry okay sayang. Tak dapat nak tolong adik buat itu dan ini.

Jauh. Kedah. Memang jauh.
Tapi kakak janji kalau kakak balik, kakak tolong adik okay.

Haritu bila duduk bincang-bincang dengan mak ayah semua. Pasang telinga, dengar cerita nak cari pembantu rumah semula?

Ayah kejap nak kejap tak nak. Sibuk kata pembantu sekarang mana boleh pakai. Tak boleh nak percaya sangat. Nanti kalau dah duduk sini dia bawa lari itu ini, kita yang susah, mulalah melopong terkangkang. Betul apa ayah kata, memang betul, tapi kenalah fikir positif. Untuk kesenangan bersama jugak.

Mak pulak tak boleh nak bawa bergurau siket. Macam tak faham pulak yang ayah memang suka bergurau dengan lawak bodoh dia tue. Masing-masing ego tak nak kalah, padahal dalam hati masing-masing sebenarnya sayang. Tidur sekatil sebilik jea setiap malam.

alalala comel jea, huh gedik betul orang tua aku nie !

*gelak

Ikutkan bincang punya bincang, dengar masing-masing punya suara sumbang bagi pendapat itu dan ini, sampai hari lahir aku yang ke 19 pun tak kan selesai aku rasa.

Sabar lagi, ayah tak nak bibik, mak nak. Apalah susah sgt buat keputusan? Tak faham.

Nampaknya aku lah kena mula main peranan ni. Misi bermula.

Pujuk ayah, ayat-ayat siket, buat aksi gedik tahap meluat punya. Orang tua, kalau kita cakap baik-baik, hati jadi sejuk, baru senang nak dipujuk.

*masa-minit-saat-detik berlalu.

So amacam? Yes, ayah kata okay deyh. Bagusnya, gembira mak. Senanglah adik-adik lepas nie. Lega hati, tak lah rasa serba salah sangat. Tak lah berat sangat beban mak nak kena buat.

Untuk pengetahuan semua, barangkali, eh bukan barangkali tapi suatu kepastian. Akulah anak kesayangan ayah tau. Dalam semua adik-beradik. Tak bohong ni ehh.

Cuba tgk muka awak kat cermin bila cakap saya perasan, buruk lah.

Hihihi.

20090811

Hati Merah.

CINTA itu ;

Penawar

Kehilangan diri
Pengorbanan
Kasih sayang
1437
Ketamakan
Yang terindah
Mengubah tingkah laku kita
Ai shi teru
Kehilangan arah
Memerlukan ruang
Khayalan
Mengikut musim

dan cinta itu,

Memerlukan cinta.
***
Awak setuju ?

20090808

Mengidam.


Lagi indah kalau dapat bercuti kat sini,

Dan janji takan keluar rumah sibuk dengar cerita-cerita bohong mulut langsi oleh jiran-jiran kalau dapat duduk kediaman macam ni.

Kalau boleh nak rasa semua ni dengan awak seorang jea.

***

Ayah, saya anak kesayangan ayah kan?
Mak, mak nampak muda ah dari hari ke hari.

*Bwehehe

Rumah Paling Manis.

Kakak dah balik (:

Adik-adik menjerit teriak melompat keriangan. Salam peluk cium ayah mak dan semua di rumah. Sebak. Lepas rindu. Masa untuk bersama keluarga.

***
Hai awak, lama tak nampak?

20090807

Bad Day.

Kedah-Seremban-Pagoh-Johor Bharu.

Jangan gelak dulu tolong. Pertama kali dalam hidup jadi macam ni okay. Aku patut sampai Seremban 5 pagi tapi lain yang jadi.

Bus bertolak dari Alor Star 11 malam,
perasaan sangat teruja tak sabar nak pulang jumpa famili,
2 hari tak dapat tidur + buat assignment,
badan kurang enak
mengantuk tahap lebih tinggi KLCC
naik duduk beberapa minit terus tertidur
tersedar, masih area kedah
sejuk selsema sakit tekak
makan ubat selsema tidur semula
aku tersedar balik, masih ramai penumpang dalam bus
mesej tak dibalas, panggilan tak dijawab banyak gila
adik kat mana dah, kenapa tak sampai lagi?
bateri nak cakap bye-bye dah

abang, ni dah kat mana?
dah kat Pagoh dik.
ohh Pagoh, okay okay.
haa Pagoh? what-the-heck!
Pagoh bukan nak ke JB ke?
nangis teriak takut
ayah mak kakak iwan semua dah risau
abang driver jadi kesian campur kelakar
tidur mati punya pasal sampai tak sedar
terlajak terus ke Johor.
dah lepas ni jangan naik bus lagi
ayah tak bagi, i takan bagi.

semua kata relaks jangan takut
ayah mintak abg driver tolong jaga
30 minit, 1 jam bla bla
akhirnya sampai last station
turun Larkin
syukur alhamdulillah ada kakak duduk sana
jemput jumpa lepas rindu
barangkali mungkin sbb dah lama tak jumpa
anak buah, tue pasal sampai ke JB terus
punggung merengek sakit
mata kata ngantuk, badan mintak tilam
perut kata lapar
hati tergelak sendiri terkenang peristiwa
yang jadi, membabi.

hihihi, okay sekarang boleh gelak puas puas :D