20091224

Beautiful Disaster.

Kalau di beri pilihan antara hidup dengan mati, aku akan habiskan sisa baki hidup-hidup aku dengan orang-orang yang aku sayang dan aku punya.

Aku nak tengok mak ayah bahagia sampai bila-bila. Aku nak senangkan keluarga aku supaya esok kelak tiada langsung lagi bait tangis dalam hari-hari kehidupan mereka. Aku nak jadi kawan yang ada masa susah senang dan abaikan semua rasa kesal yang pernah mereka buat aku rasa dulu.

Aku tak nak robek dan hancurkan hati sang kekasih. Aku tidak sekali mahu tergadai segala atas nama cinta, berserah menyerah tanpa diubat iman teguh. Tidak juga sekali kerana menjadi aku, sang gadis merasakan esok bagai tiada lagi.

Aku mahu juga hidup dengan melihat kegembiraan di setiap wajah-wajah suci kesayangan aku. Kesibukkan dalam menjalani hidup dan mencari rezeki hanya dipenuhi dengan senyuman dan gelak ketawa manis dalam setiap langkah harian kehidupan mereka.

Kerana, nafasku demi hidupku. Senyumku demi impianku, kasihku hanya pada yang satu, taatku pada orang tuaku, jujurku pada persahabatanku dan ikhlasku dalam setiap langkahku.

Bukan tangisan. Bukan juga di tindas.

Supaya matinya esok aku nanti, akan aku menjadi angin yang mendinginkan alam.

20091223

I Miss You.

Mak.

Dah 3 hari aku tunggu mak telefon dan balas pesanan ringkas aku. Tapi setiap kali bunyi beep, bukannya dari mak.

*sedih

Mak sibuk sangat ke sampai tak ada satu minit pun masa untuk aku? Takpelah, mak sibuk lah tue. Aku faham, lagipun mak cari duit untuk aku dan adik-adik jugak.

*sedapkan hati sendiri

Cuma nak mak tahu, saya rebah di sini mak & hati ini terlalu butuh dan rindukan mak.

20091209

Percaya.

Sebab atas dasar sayang barangkali.

Bila kau cakap kau percaya aku tapi diam-diam kau perli dan ungkit kisah masa lalu aku memang terus timbul rasa kesal aku pada kau.

Aku benci bila aku teringat tentang kisah silam aku. Kawan-kawan selalu cakap yang mereka suka tentang kisah dan perjalanan hidup aku. Macam ada babak-babak menarik dalam setiap hari-hari hidup aku untuk ditonton dan diceritakan.

Aku kecewa bila aku percaya orang dan dengan tanpa rasa serba salah kau buat tak tahu kau dah main-mainkan aku & tipu aku bulat-bulat. Macam rasa nak terus pergi kat kau dan tumbuk muka kau tanpa bagi salam.

"kau kena percaya aku, kita kan dah kawan lama, aku sayang kau.."
"i sayang you, i tak curang, betul, tolonglah percaya i ok.."

haktuihh, pergi jahanam lah.

Keliling dah banyak bunuh kepercayaan sebenarnya. Sebab tue sekarang susah untuk aku percaya orang mati-mati. Dulu aku ada kecewa dengan sorang mamat nie, sebab dia curang. Dia buang aku jauh-jauh, dia tolak aku tepi-tepi.

Tapi aku terima dan aku tetap lagi kuat sampai sekarang. Dan aku sentiasa doakan dia dalam sujud doa aku supaya dia bahagia dengan cinta baru dia. Beberapa bulan lepas, ada jugak sorang kawan, cerita tentang kisah cinta dia dengan gadis kesayangan dia.

Dia terlalu sayang, percaya dengan semua kata-kata dan perbuatan yang dilakukan oleh sang gadis. Percaya, cukup percaya. Tapi sayang, hubungan mereka tak kekal, tak bersama sampai mati. Sang gadis curang, ada cinta yang baru jugak.

Bodoh, jangan lah buat perangai macam tue. Janganlah kecewakan hati dan hidup orang lain. Tak eloklah.

Karma itu wujud dan aku percaya akan karma. Aku tak harap apa-apa pun. Cuma apa yang boleh aku cakap sekarang, aku gembira dengan kehidupan yang aku punya. Sebab aku sebenarnya gadis yang biasa-biasa sahaja. Tak punya banyak pilihan dalam hidup.

Apa yang diberi aku ambil, apa yang disarung aku pakai, apa yang disuap aku makan, apa yang diajar aku ikut, apa yang disuruh aku buat. Aku takde barang-barang mahal yang boleh aku berlagak dan tayang dekat orang lain sambil buat muka yang penuh rasa bangga.

Cukuplah aku punya rasa bersyukur tue. Hidup aku dah cukup sempurna dengan adanya mak, ayah, keluarga & kawan-kawan yang sentiasa ada bila aku senang dan jatuh tergolek.

Aku terima bila kau cakap setiap manusia buat kesalahan. Yes, itu betul sebab aku pun tak lari dari buat silap. Kalau nak suruh aku senaraikan, memang sampai tahun depan pun tak habis. Cuma aku nak bagitahu, bukan semua orang deserve peluang kedua. Bukan semua. Ingat tue.

Tak kan kau dah ludah dengan penuh rasa bangga dan senang-senang kau nak jilat balik ?

Pergi lah sial. Jangan lah habiskan masa dengan kacau hidup orang lain.

Sudah-sudahlah.


20091208

Ini Tentang Hati 4.

Akhirnya.

Awak milik saya dan saya milik awak.

*senyum

Moga jiwa dan rasa hati yang kita sama-sama ada ini kekal.
Moga kasih yang sama-sama kita punya ini selamanya.

Terima kasih , Sayang.

*peluk kuat-kuat

20091129

Keluarga.

Ayah, mak, kakak, abang, adik-adik.

Disitu aku jumpa kebahagiaan yang sebenar. Disitu aku jumpa erti kasih sayang yang sejati. Disitu aku jumpa cinta dan disitu juga segalanya bagi aku.

Tapi ia semakin hilang sekarang. Mana pergi semua rasa itu? Masih ada, cuma aku dapat rasa ada kekurangan disitu.

Buang ego.
Buang emosi.
Buang cemburu.
Buang iri hati.

Abaikan rasa sakit hati itu. Abaikan rasa kesal dan kecewa itu. Tanam kasih, wujudkan kembali cinta. Jangan biar rasa itu punah. Jangan biar rasa itu hancur.

Mungkin akan kembali semula rasa bahagia yang selalu kita semua rasa. Aku selalu sayang kau, ayah. Aku sangat cinta kau, mak. Aku sangat perlukan kau, kakak. Dan abang serta adik-adik, aku sentiasa rindukan kalian.

Terlalu.

Maaf sebab kita pernah gaduh maki hamun kutuk mengutuk, maaf kerana sikap yang tidak baik. Aku tahu sebenarnya jauh dari sudut hati kita semua tak bermaksud pun kan atas setiap satu hal dan perkara yang terjadi.

Cuma, apa yang aku tahu, aku bukan yang terbaik diantara kita semua. Bebanan ,

Ya, itu aku -.-

20091127

Ini Tentang Hati 3.

Hari-hari saya jadi indah semua disebabkan awak. Walaupun jarak kita jauh tapi rasa dekat setiap masa. Awak baik, baik sangat. Awak gedik sebab selalu perasan awak lagi besar padahal tak jauh beza pun saiz dengan saya.

*gelak

Hmm tapi satu benda tentang awak yang saya cukup tak suka. Awak suka buat saya menunggu & tertunggu. Kalau sibuk, bagitahu. Saya boleh faham. Tapi kalau kejap ada, kejap hilang, kemudian ada dan lepas tue hilang balik serius buat saya geram lah. Macam biskut.

Awak kata kejap, tapi satu berita dari awak pun saya tak tahu. Awak tahu saya tak suka menunggu lama-lama kan? Kalau saya diam, awak tertanya. Handphone saya silent dari tadi. Mana awak? -.-

***

Sumpah kalau jumpa nanti saya terus terajang awak sampai lembik. Huh !

20091124

Gelang kaki itu

Ada 3 warna. 3 manik-manik comel menghiasi tali hitam dekat kaki kiri aku. Dulu masa kita bercinta, sama-sama pergi buat, sama-sama pilih warna, lepas dah siap, suka sangat. Kau ada gelang kaki, aku pun ada. Kita duduk atas bangku dekat depan tempat parking kereta. Kau pakaikan dekat kaki aku. Sampai sekarang tak pernah buka.

*senyum
dan terdiam

Sekarang masih pakai lagi, tapi talinya ada sedikit hampir nak putus. Barangkali sebab kena air dan sudah bertahun dipakai. Cuma yang bezanya, kita dah tak bercinta lagi.

Dulu.

20091107

Cukup.

Lama gila tak online untuk update blog. Serious sibuk sangat sekarang sebab tengah final. Letih sana sini. Bukan saja letih belajar sebab nak perah otak untuk jawab exam tempoh hari tapi lagi letih sebab melayan perangai kawan-kawan yang makin lama makin naik lemak.

Ada orang makin besar kepala bila kita bagi muka. Kalau kutuk orang, dia nombor satu. Berlagak macam bagus, tapi diri sendiri tak terurus. Sibuk jaga tepi kain orang, tapi kain sendiri terbelah. Cakap banyak pasal ragam orang tapi sendiri punya ragam lagi macam haram.

Penipu, bermuka-muka, penting diri.

Aku tak faham apa motif kau sebenarnya. Hidup tak habis dengan caki maki hamun atur hidup orang. Cakap pandai tapi diri sendiri lebih. Susah juga kalau asyik buat baik dengan orang. Bila baik dengan yang sana, yang sini terasa. Bila rapat & ada sedikit masa dengan yang sini, yang situ pulak makan hati berguni-guni. Mulalah kata kita lupa kawan, lupa diri.

Cuba ada sikap positif dan buang rasa dengki serta iri hati tue boleh tak?

Kadang-kadang kita tak sedar tentang perilaku dan silap yang kita buat. Tapi kalau sedar diri dan wujud niat dalam diri nak berubah, baguslah. Manusia mana pernah lari dari buat kesilapan. Nama pun manusia, mana ada yang sempurna.

Perasaan sedih yang aku selalu rasa tue, sikit pun aku tak pernah suruh kau fikir. Biar aku simpan seorang. Aku ada Tuhan lagi untuk mengadu semua rasa kecil hati yang aku punya tue.

Cuma sekarang rasa macam dah tiba masanya untuk fikir diri sendiri. Sebab aku fikir jasa baik yang selama aku limpah & korbankan pada kau dan sekeliling yang aku sayang macam tak berbaloi. Tak menghargai. Langsung tak.

Malah reka cerita macam-macam pasal aku pada banyak orang. Aku diam selagi boleh. Barangkali hormon bodoh dalam diri aku nie dah mula bergerak-gerak laju tak nak berhenti. Tue pasal bila kau sibuk menganjing-anjingkan aku, aku masih diam.


Bukan sebab takut. Malas nak gaduh lah senang cerita.

Mak kata buat baik perpada-pada, buat jahat jangan sekali. Ini bila orang dah pijak kepala mulalah rasa tebal sakit di dada. Haih. Sabar pun ada hadnya. Apa yang aku tahu sekarang, aku ada hidup aku sendiri. Kau pun ada hidup kau sendiri. Kita hidup cara kita sendiri. Okay?

Kita sama jantina, sama umur tapi maaflah, aku hidup bukan sebab nak dengar cakap & ikut semua rentak gaya kau. Sebab tue pepatah melayu ada kata. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Kalau dulu bolehlah, aku macam bodoh-bodoh dungu sikit kan. Tapi mak ayah aku ada lagi. Dah cukup baik dah didikan yang dorang bagi kat aku. Jangan nak serabut kepala fikir macam mana nak ubah aku. Sibuk nak orang hormat kau tapi diri sendiri tak tahu menghormati.

Tak payahlah rasa simpati atau apa-apa pun. Banyak lagi kerja aku nak kena buat dan uruskan. Malas dah nak fikir. Siapa nak kawan aku, kawan. Tak nak kawan, sudah.

Kau nak kecewa ke, makan hati ulam hempedu usus kambing ke, tue kau punya pasal. Lantaklah, apa aku peduli. Badan kau tue dah besar, umur pun dah makin meningkat. Cukup-cukup lah. Cuba faham yang aku dah terlalu penat sangat-sangat boleh tak?


Im growing up, so please stay away.




20091004

Ini Tentang Hati 2.

Semalam awak bagitahu semua yang awak rasa pada saya. Jujurnya awak. Saya hargai sangat.

Comel pulak saya tengok awak macam tu ;)


Dan saya rasa awak tahu apa yang saya rasa kan ?

*senyum

20091003

Rindu nak ketawa sampai letih.

Rasa macam nak jadi budak kecil balik & hidup masa zaman kanak-kanak yang penuh dengan keseronokkan dan gelak ketawa.

Makan ais krim sampai comot-comot mulut. Main kejar-kejar sampai luka berdarah, pastu gedik-gedik menangis ngadu dekat mak kata kawan buat. Main masak-masak pakai daun dengan pasir, curi make-up mak & kakak main solek-solek lepas tue tunjuk dekat jiran geng sebelah siapa paling hot, main kawin-kawin tak kira lah sama jantina ke tak.

Ha-ha, seronoknya masa tu.

Dulu semua benda yang nampak nak, kalau keluar pergi pasaraya ada jea benda nak mintak macam-macam kat mak. Kalau boleh, nak borong satu kedai.

Duit satu sen pun tak keluar. Tak payah nak serabut otak fikir masalah yang datang. Tak payah nak pening-pening fikir nak uruskan itu ini. Hari-hari dapat gelak sampai pecah perut, habis kelas mengaji petang, mesti nak jumpa geng-geng kutip duit sorang 20 sen beli ais krim malaysia belakang rumah.

Rindunya zaman indah comel aku.

Tapi itu dulu. Sekarang lebih banyak rasa sedih itu dari gembira. Hidup kena lebih berdikari sekarang bila dah besar & semakin membesar. Tak boleh nak harapkan mak dan orang lain lagi dah.

Bila jadi bahan ketawa orang, jadi makanan kawan sendiri, ada masalah bertan-tan, nak mengadu dekat mak pun dah jauh. Mak kata kena jadi kuat, sabar. Sebab kalau kita sabar kita akan dapat apa kita nak.

Semalam ada sorang kawan terasa hati dan marah sebab ingat aku dah lupa pada dia. Susahnya. Letih kalau asyik nak kena jaga hati dan perasaan orang lain jea. Hati aku, siapa nak jaga? Buat baik selalu pada banyak orang tapi orang selalu buat cilake dan jahat pada aku.

Aku tak kata aku sempurna. Cuma kalau kau lagi tua atau lebih baik, aku akan simpan rasa kecil hati aku itu. & akan ada rasa hormat aku pada kau. Bila masalah asyik datang jea, dan ada yang lepas tangan rasa macam nak terajang orang tu sampai lumat dan malas nak ambil peduli tentang orang lain & abaikan semua rasa kecewa tu.

Penat tahu tak.
***

Kalaulah pari-pari kecil itu betul-betul wujud, aku nak khabarkan pada mereka supaya putar waktu sekarang dan kekalkan rasa bahagia zaman kecil yang aku punya dulu.

Off record.

20091001

Ini Tentang Hati.

Gembira di sebalik kesedihan.

Kadang-kadang aku pura-pura ketawa dan senyum pada semua orang bila setiap kali masalah kunjung. Sebab aku dah sangat-sangat letih menangis. Sangat.

Awak, haritu saya rebah. Dan awak ada. Terima kasih kerana sentiasa ada dengan saya.

20090928

My Happy Pills.

Sayang awak, Kina :)

20090927

Lebaran.

Raya tahun ni macam biasa jea. Cuma yang bezanya tahun ni aku dengan satu family balik Singapore kampung belah ayah setelah sekian lamanya tak balik-balik sana. Jumpa saudara mara belah ayah, ayah kata kena kenal & tahu setiap satu dari mereka. Esok senang.

Gembira sangat sepanjang dekat sana. Tak sangka pulak rupanya-rupanya aku ada cousin yang comel-comel dan kacak-kacak.

Ha-ha.

Tapi sebenarnya tahun demi tahun raya serius makin membosankan jea. Tak banyak sangat pun nak cerita sebab cuti sekejap gila. Tak puas. Maaf pada teman-teman sayang, tak sempat langsung nak jumpa kalian semua.

***

Hmm aku sudah ada di Kedah sekarang & akan mula sibuk semula dengan peperiksaan, kelas & kerja-kerja sekolah.

*mengeluh

Tapi mak kata kena semangat.

So, hai kolej (:

20090916

Congratulations, I Hate You.

Dulu dia dan sekarang awak pula.

Aku dah jumpa banyak gila lelaki pengecut & tak boleh dipercayai, banyak gila bangang. Dan tanpa ada satu rasa pun aku nak bagitahu, kau sekarang adalah salah satu daripadanya.

*sedih -.-

Aku sebernanya tak nak kata macam ni, sebab aku tahu mesti ada yang menentang habis-habisan. Tapi aku nak cakap juga.

"LELAKI SEMUA SAMA"

Ha-ha, okaylah, jangan marah. Bukan semua, tapi kebanyakkan. Buang masa fikir tentang ni. Banyak lagi kot benda lain yang menarik nak fikir. Sebagai contoh,

Baju kurung apa aku nak pakai masa raya pertama nanti sebab aku rasa tahun ni aku takde baju? Bye.

20090913

Saat perlu.

Hai , apa khabar ?

Saya tak sihat. Malam tadi saya tak dapat tidur. Banyak hari tak dapat tidur. Satu, saya lapar tapi makanan takde nak makan. Tak kan saya nak turun pergi cafe sorang-sorang jam 3 pagi? Saya nak makan megi tapi tak boleh, awak tak bagi. Mak pun larang.

Dua, saya sakit hati sangat sebab tangan dan badan saya dah jadi merah-merah kena gigit dengan nyamuk-nyamuk jahat. Dan pagi ni pula, saya bangun dengan perut yang sedang sakit. Saya gastrik sampai saya tak pergi kelas jam 8 pagi tadi.

Sekurang-kurangnya saya tak ponteng dengan sengaja okay & sedang berusaha keras untuk pergi kelas jam dua petang nanti.

***

Terima kasih Kuyu sebab bangun dan angkat telefon awak untuk dengar saya mengadu pagi tadi.

20090912

Mati.

Kalaulah bunuh diri tu masuk syurga, kan bagus.

Takdelah nak susahkan ayah carik duit jadi peguam untuk bela banyak orang yang tak pernah-pernah henti dari kes-kes dunia akhir zaman. Takdelah mak sibuk sana-sini carik rezeki untuk sara hidup aku dan adik-adik. Takdelah kakak pun susah payah tolong mak bagi apa saja kemahuan yang aku nak.

Mak boleh hidup senang lenang tanpa fikir kerja. Ayah boleh rilek goyang kaki sambil tgk tv dgn senang hati tanpa perlu fikir nak tanggung belanja untuk jangka hayat hidup aku.

Kalaulah bunuh diri tu masuk syurga, kan lebih elok.

Mesti mak dan ayah setiap tahun dapat pergi umrah buat haji lagi. Malah dua tiga kali dan berkali-kali boleh pergi. Kak Min dah boleh kahwin dan hidup lebih bahagia sekarang. Takde nak pening serabut kepala otak fizikal & mental fikir pasal aku yang tak habis-habis buat masalah dan jadi beban buat keluarga.

Itu kalau aku tak wujud. Masalahnya sekarang, aku ni hidup. Aku tak mati lagi. Kesian dekat mak. Simpati pada ayah. Rasa macam lahirnya aku dekat dunia ni macam satu kesilapan yang paling besar sangat.

*menangis

Aku tak nak mati pun sebenarnya. Sebab bila fikir dan ulang tayang semula, banyak lagi jasa dan pergorbanan yang aku belum balas. Tak tahu lah terbalas ke tak, itu pun kalau sempat. Kalau umur aku panjang, bolehlah.

Hidup aku lebih tinggi dan penuh dengan dosa dari pahala.

Kalau boleh aku nak lahir semula tanpa ada satu dosa dan mulakan hidup tanpa buat satu pun perkara langsi dan jadi jahat. Penyesalan selalu kunjung dalam diri aku. Aku tahu, mak selalu nangis sebab aku. Setiap kali mak menunaikan solat fardhu, aku selalu nampak titis-titis air mata mak mengalir.

Fikir keluarga,
Fikir suami,
Fikir anak
Fikir anak
Fikir anak
Fikir anak
Fikir anak
Fikir anak
Fikir anak
Fikir anak
Fikir anak
Fikir anak.

Tapi mak kuat. Mak kuat sangat. Setiap kali kalau mak jatuh, mak tak pernah putus asa. Mak sabar, mak tabah. Sebab tue mak tak pernah mengeluh sedikit pun setiap detik & setiap saat melayan setiap satu perangai nakal aku dan adik-adik.

Hampir 18 tahun jangka hayat aku hidup dengan menyusahkan mak.

Jujur kalau boleh, aku nak mati lebih awal. Bukan susah. Kelar tangan dalam-dalam sampai tembus urat, nadi terhenti, jantung berhenti berdegup. Aku tiada. Tak pun kalau nak paling mudah, baring tengah jalan raya tunggu lori gilis aku. Aku mati.

Nanti taklah mak susah lagi.

Tapi tak boleh, sebab aku tahu aku nak teruskan sisa-sisa hidup aku yang ada dengan balas semua jasa-jasa dan pegorbanan mak, ayah dan penat lelah kakak pada aku.

Dan lagi satu sebab utamanya, mak kata mak hidup untuk aku dan anak-anak dia. Kerana tu aku hidup untuk mak, demi ayah dan untuk keluarga.

Terima kasih mak, untuk segalanya.

20090909

Flirt with many, dont sleep with any.

Aku pernah bercinta. Aku kemudian putus cinta. Aku selalu gagal dalam bercinta.

Aku pernah di duakan. Aku selalu di kecewakan. Aku sering di tindas dan di abaikan. Aku pernah jadi perempuan simpanan. Aku pernah jadi kekasih gelap.

Bila bercinta, aku cuba jadi sang setia dan sang kekasih yang boleh membahagiakan hati si kekasih. Tapi hati aku selalu di robek dan dicalar-calar. Aku gadis yang cintanya selalu disampah-sampahkan.

*diam

Cukup untuk kali ini.

Aku rebah. Aku tak perdaya lagi. Selamat tinggal semua. Aku mahu pergi dari dunia ini untuk sementara.

***

Single back & im not available for anyone.

20090908

Kisah yang sama & ini terakhir.

Aku memantat dan menyundal sana sini?

Fuckk-ahh.

Kalau aku panggil kau jantan langsi agak-agak kau dengan kawan-kawan kau mengamuk tak? Tak pun nak terus datang serang aku?

Marilah, siket pun aku tak kesah.

Siapa cakap benar siapa cakap bohong aku sendiri tak pasti. Bila aku berdepan dengan dua orang kawan, masing-masing tak mengaku. Siapa yang cakap benar sebenarnya nie?

Takpelah Tuhan punya kerja. Dia tahu semua.

Tapi point nya sekarang kau sendiri dah mengaku kat gadis aku yang statement tu kau sendiri yang cakap sebab sakit hati sangat dengan aku.

Terpulang pada kau nak gelar aku apa. Tapi aku tak pernah curang dengan kau, aku tak pernah ada jantan lain. Kau tak habis-habis nak cerita pada semua orang tentang aku dan kisah sampah kita. Tak pulak macam babi kan kawan-kawan kau siap bagi komen kat blog dan kutuk aku bertalu-talu.

Pahala dah tinggi sangat ke nok nak bagi nasihat kat orang? Aku dah letih bila orang tengking-tengking dan tuduh aku maca-macam tanpa tahu hal sebenar. Sibuk maki hamun aku sorang macam diri kau takde langsung satu dosa.


Wahh, hebat dan lebat kau sembang pada kawan-kawan kau kan. Kau lah paling mulia, kau lah paling baik. Macam malaikat. Kesabaran aku ada hadnya. Jangan sampai aku datang dan tumbuk muka kau tanpa bagi salam.

Yes, kalau mungkin aku macam tue sekalipun, segampang-gampang aku, sehina dan sejahat-jahat aku, dara aku masih terbela lagi.

Cukup. Aku masih punya maruah dan ada harga diri.

Takpelah, cerita banyak pun tak guna. Kau akan nampak salah aku sorang. Terima kasih atas segala tomahan dan cacian. Kau boleh teruskan dengan segala percakapan dan penceritaan kau. Kau boleh terus menganjing-anjingkan aku. Biar orang nampak baik kau sorang.

Kalau betul aku salah, biar tuhan hukum aku.

Aku mintak maaf dan ampun gila babi sebab kau kenal gadis macam aku. Anggaplah kau tak pernah kenal aku langsung, lupakan tentang kita dan aku. Jangan kau berhubung dengan aku lagi. Buang aku jauh-jauh ke dalam lombong paling busuk sekali.

Sebab aku, perempuan yang kau hina-hina dan kau boleh teruskan hinaan itu sehingga kau rasa puas.

Dan aku akan pastikan menangisnya aku hari ini sebagai tanda sedih untuk kau musnah esok.

20090906

Kebenaran.

Biar muka hodoh, biar muka buruk. Janji hati baik tak menipu. Tak buat jahat pada hidup orang.

Aku tak kata aku baik. Tapi sekurang-kurangnya aku tak jatuhkan dan tak kacau hidup orang lain dengan buat dan sebar cerita-cerita langsi macam kau buat kat aku bodoh.

Balik cepat dua orang kawan yang pernah aku label sebagai gadis aku. Drama kita masih lagi belum selesai dan tergantung.

Aku tunggu.

20090905

Aku Makanan Kau.

Harini aku menangis. Satu hari dari malam sampai pagi menangis.

Sambil gosok-gosok mata. Air mata sama banyak dengan hingus. Rambut yang panjang ni dah keras dah jadinya. Kan bagus kalau hidup dekat dunia ni ada pari-pari kecil datang ubah sesuatu perkara buruk yang jadi tue kepada bukan buruk.

Ceritanya macam ni.

Malam yang lepas aku balik dari keluar makan dengan teman-teman aku, kau tiba-tiba call marah-marah aku mengamuk tak tentu pasal macam aku baru lepas rompak duit kau berjuta-juta dalam bank.

Apa cerita? Antara kau dengan aku dan takde apa-apa ikatan. Kenapa nak menggelabah tuduh dan maki hamun aku bertan-tan?

Kau tuduh aku tinggalkan kau sebab punya jantan lain.Kau kata aku pasang scandal masa aku panggil kau sayang. Kau caci aku dengan ayat-ayat langsi macam kau lah yang paling baik, paling bagus. Kau kata aku curang, kau kata aku perempuan jalang, perempuan murah sebab menggedik sana-sini.

Kau hina aku. Kau label aku itu dan ini.


Aku masih diam, aku masih sabar. Tapi Tuhan jea tahu macam mana sedih dan sakitnya hati aku setiap kali aku dengar ayat-ayat gampang yang kau lemparkan kat aku.

*menangis

Aku terkedu, aku tertanya. Dari mulut sampah siapa yang kau dengar dan buat cerita bukan-bukan tentang aku pada kau?

Kau kata dari dua orang teman baik aku sendiri. Aku terdiam, aku sama sekali tak percaya. Tak mungkin kawan rapat aku sendiri sanggup buat macam tu.

Aku mesej Eyrn dan Cicie.

"Gadis-gadisku, apa salah aku sampai korang sanggup tikam dan makan aku diam-diam?"

Mereka kata banyak. Banyak sangat salah aku yang aku sendiri tak sedar. Otak nak pecah serabut gila babi fikir benda yang mereka tak puas hati.

Siapa yang bagi pakai barang, pinjam baju, mandian, duit seminggu punya makan, duit dobi, nak itu dan ini kalau bukan aku yang bagi? Kau nak itu, aku kata okay. Kau nak ini aku masih lagi senyum kata okay sebab aku fikir kita kawan dan sedikit pun aku tak kesah.

Bukan nak mengungkit, cuma bila jadi macam ni terasa betul diri aku ni tak dihargai langsung dan dengan suka hati kau boleh layan aku macam sampah.

Tapi apa nak heran? Dunia sekarang mana nak fikir semua tue. Bestfriend Forever lah konon.

Besarnya dosa aku pada kau dan kau sampai sanggup cerita buruk, tuduh bukan-bukan, itu dan ini pada lelaki tu. Terang-terang kau tahu aku tak buat tapi sekarang kau dah buat aku macam insan yang paling hina dan kotor sekali dengan cerita-cerita dusta dari kau dan kau pada dia.

Aku dah letih dengan semua ni. Buat baik pada banyak orang tapi diam-diam aku dipijak. Pura-pura jadi gembira untuk buat orang lain dan kau rasa bahagia tapi ini hasil yang kau balas.

Takpelah. Kalau aku masih boleh sabar, aku akan sabar. Ribuan terima kasih, bukan saja ribuan tapi jutaan terima kasih tak terhingga aku ucapkan atas benda mulia yang dah kau buat pada aku. Mak selalu pesan, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Tuhan itu wujud, dia maha adil. Dia tahu semua kebenaran.

Tapi, percayalah. Tak kiralah kau itu kawan atau lawan, kau lah antara yang paling rugi.


Sebab kau yang makan aku.
***

Tisu berkotak-kotak satu pun takde. Terima kasih sebab bagi saya lap air mata dan hingus saya guna baju belang pink Giordano awak masa saya tengah teresak-esak tak berhenti nangis.

20090901

Kalaulah tiada hari esok.

Malam tadi aku mimpi buruk. Benda yang aku tak nak ia terjadi tapi dalam masa yang sama aku mengharapkan juga. Cuma aku tak pasti patut ke tidak. Aku bangun, air mata yang mengalir. Tiba-tiba teringat pada seorang rakan rapat yang masih lagi sedang tidur.

Aku kejutkan Ariff, dia ada exam harini. Best of luck, babe.

*termenung

Aku terus mengadu pada abang Ijan. Abang Ijan tanya aku kenapa aku sedih. Aku cerita semua kat dia. Terasa macam terlalu murah air mata ni, kalau tadah barangkali boleh lepas 3 baldi.

Kuyu datang pujuk suruh berhenti teriak.

*diam, ketandusan idea dan mood hilang untuk bercerita.

Menangis sampai mata jadi lebam. Sampai bila asyik nak macam ni?

Letihlah -.-

20090831

Merdeka dah?

Semua orang sibuk tanya malam merdeka sambut mana, buat apa, seronok ke tak? Tahun ni takde rasa langsung macam nak sambut apa-apa upacara. Macam lagi baik duduk bilik diam sorang-sorang layan cerita hindustan sambil makan super ring dengan minum ribena.

Tahun demi tahun makin membosankan jea. Mat-mat kaki merempit serta minah-minahnya lah kot yang paling teruja nak sambut merdeka.

Raya lagilah. Takde langsung rasa nak raya. Cuma perasaan serta nafsu tak sabar dan tak terkawal nak makan ketupat rendang lemang dan kuih-muih tue jea sangat kuat.

*gelak

Dengar cerita keluarga-saudara mara dah macam erkk? Haih tak tahu macam mana nak berdepan dengan perempuan itu. Kena pura-pura macam tak pernah jadi apa-apa ke? Atau konon-konon kena berlakon bila depan kena jadi baik sangat, macam malaikat.

Fuwahh, jangan hipokrit. Tak elok. Jadi diri sendiri lebih baik.

Orang kata kita kena ada semangat merdeka sebab tahun ke tahun negara kita aman sentiasa.

Perlu ke?

Haram jadah. Aman apa kalau hari-hari ada jea macam-macam berita paling gempak dan terbaik dari ladang oleh rakyat-rakyat Malaysia yang kononnya ada sikap mulia, sopan-santun, berbudi bahasa dan paling terpuji?

Kalau betul lah semua macam tue, takde lah sorang mamat ni kena masuk penjara 15 tahun sebab merompak rumah Pak Cik Rahim jiran sebelah rumah kawan aku tempoh hari.

Aman ke kalau macam tue?

Tapi secara jujurnya, aku still bersyukur sebab aku masih lagi tinggal dekat negara Malaysia ni. Happy Merdeka everyone.

20090828

Daddy's Little Girls.

Minggu nie aku balik kejap sebab nak berbuka puasa dengan keluarga & jumpa adik-adik. Seronok sangat, hee. Setiap hari sayang, setiap hari rasa rinduu. Sayang my Lil Zaara & Wawa :D

20090827

Berakhirnya Tentang Kita.

Semakin kau dekat dengan aku, semakin kuat rasa kecil hati & kecewa aku pada kau. Penjelasan dan keputusan yang aku buat pada kau seakan-akan kau tak langsung mengerti atau kau memang sengaja buat-buat tidak faham?

Aku dah letih dengan semua kata-kata yang kau janjikan pada aku. Kau tak henti bertanya soalan yang sama. Apa yang buat aku jadi macam ni dan macam tue? Senang. Malam yang kau marah-marah & maki aku tue punca kenapa perasaan aku hilang terus pada kau.

Bukan hilang, bukan aku buang. Cuma sudah kurang. Entah kenapa kejadian yang jadi buat aku rasa macam hilang semua rasa tue.

Aku menangis. Kosong. Mati.

Bukan kerana ada jantan lain yang singgah di hati aku, bukan sebab aku dah benci pada kau, bukan kerana aku dah bosan pada kau.

Tidak, tidak sama sekali.

Berhari-hari aku fikir apa yang terbaik untuk kita sebenarnya?

Aku hanya perlu ruang aku sendiri. Hidup bersama gadis-gadis aku tanpa ada lelaki yang boleh dilabel sebagai insan lebih istimewa dari teman-teman lelaki aku yang lain.

Untuk masa sekarang, aku taknak terikat dengan satu orang pun. Aku taknak dan jangan tolak aku ke sana-sini. Aku tidak mahu dicop atau dilabel atas kepunyaan & hak siapa-siapa.

Kau baik, baik sangat. Kau ambil berat pasal aku, kau jujur, setia & sayang pada aku.

Aku kejam, aku bukan perempuan yang baik untuk kau seperti mana yang kau sendiri kata kat aku. Barangkali kau akan jumpa yang berkali-kali ganda lebih baik dan mulia dari aku. Percayalah.

Aku sayang kau, cuma aku lebih selesa kalau antara aku dengan kau tidak ada sebarang ikatan. Hanya kawan. Mungkin satu hari nanti ada jodoh kita, adalah. Siapa tahu kan?

Maaf & terima kasih untuk segalanya. Itu keputusan yang aku buat. Aku yakin dan aku pasti. Titik.

***

Terima kasih atas lagu yang kau cipta dan nyanyikan pada aku tempoh hari. Aku hargai. Aku terharu sangat. Kenangan antara kau & aku akan menjadi memori untuk aku abadikan sampai bila-bila.

Thanks a lot , Iwan.

Off record.

20090823

Ramadhan kembali.

Pertama kali dalam hidup rasa suasana puasa, berbuka & sahur tanpa ahli keluarga. Masa hari pertama azan berkumandang, air mata aku yang jatuh mengalir. Rindu pada mak, ayah & semua di rumah.

Biasalah bila dah belajar jauh, kenalah kuat bila jauh dengan yang tersayang. Tapi ada gadis-gadis di sisi buat aku rasa bahagia bagi mengganti rasa sedih itu.

Salam Ramadhan buat semua cinta hatiku :)

20090817

Kecil Hati.

Aku bukan si jaguh yang hebat bermadah. Aku bukan gadis rupawan yang boleh kau rasa bangga bila jalan bersama. Aku bukan hartawan yang ada rumah & kapal besar. Aku juga bukan sang perempuan yang punya duit berkepuk-kepuk dalam poket.

Aku cuma gadis biasa yang kadang-kadang senang untuk dilayan ala gampang & dicaci macam langsi. Gadis yang banyak orang rasa letih saat mendengar balada jiwa gila aku.

Memuaskan. Memenatkan, lemah. Keterlaluan berani, di benci. Keterlaluan takut, di ejek. Bebanan. Tewas. Di sanjung, di hormat. Di maki, di herdik. Di sayang , di hargai.

Peristiwa yang jadi antara aku dengan kau dan orang sekeliling baru-baru ni buat aku berfikir tentang banyak perkara. Penyesalan wujud dengan tiba-tiba. Merasa betapa gelojoh dan bodohnya aku kerana terlalu awal dalam menjebakkan diri semula dengan kaum yang sejenis dengan kau.

Mana silap aku? Macam-macam bermain dalam kepala otak. Aku hanya nak ruang aku sendiri untuk aku fikir apa yang baik untuk aku. Aku dah letih dengan menjadi aku.

Aku dah letih kerana hidup dengan terlalu bersedih dengan ketepikan perasaan gembira tue, baru perasan yang aku ini selalu berusaha sedaya upaya menggembirakan orang sedangkan sekeliling abaikan kegembiraan yang patut aku punya.

Gembira bila diangkat sebagai perempuan, gembira bila disanjung sana sini & bila senyum aku tanda okay untuk kau, kau akan mula memperdaya dan tanpa aku sedar sebenarnya kau cuba mengawal aku perlahan-lahan.

Jiwa mati, perasaan menjadi kosong.

Itu yang aku rasa sekarang, untuk detik ini -.-

20090812

Kediaman 971.

Sejak dua tiga hari dah balik rumah ni, aku banyak berfikir. Tentang mak, tentang ayah, tentang adik dua orang yang masih kecil dan tentang rumah paling manis pernah aku tinggal. Sekarang dah tak macam dulu.

Dulu masa ada bibik, boleh lah nak suruh itu ini, semua benda dah tersedia. Semua benda nak, mesti kena dah ada. Semua benda mintak mesti kena tapat pada masa, tak boleh lambat siket pun. Tak boleh salah langsung.

Kalau tak, mulalah bising-bising mengamuk sana sini. Sebab tue masing-masing makin manja, mengada-ngada, gedik berguni-guni. Padahal benda kalau ikutkan logik akal umur, memang dah patut buat sendiri dah.

Termasuk lah aku.

*gelak

Tapi tu semua lebih kepada adik adik. Aku faham, budak kecil. Belum belajar lagi, mana tahu apa-apa. Sebab tue bila kata jangan main api, lagi dibuat jadi hobi.

Aku dulu ada jugak tolong buat apa yang patut, dah memang jadi tanggungjawab sebagai kakak. Sumpah tak cakap bohong. Tapi bila dah ada pembantu, lebih tinggilah rasa malas tue dari rajin.

Sekarang tak lagi, jangan harap nak dapat layanan macam raja king permaisuri agung. Mak harapkan aku dan kakak lain untuk uruskan apa yang patut. Kemas rumah, basuh, jemur kain, lipat kain, masak, siapkan meja makan, gosok baju sekolah adik, tolong ayah kemas laman rumah, tolong mak kat dapur, infact semuanya lah.

Sebenarnya benda tue biasa bagi aku dan adik beradik lain, cuma bila kadang-kadang rasa penat-bengang-malas-tak dihargai tue muncul kalau takde yang nak kerjasama. Balik-balik muka yang sama buat, siapa tak angin. Mulalah keluar asap kat telinga, badan kalau boleh tanak hijau macam hulk, nak merah macam elmo, baru macho.

Ada masa-masa adik & member gelak tengok aku mengamuk, sebab kelakar. Muka pulak macam tupai bila merajuk, tupai comel siket kot. Haha. Aku jarang marah, tak suka marah pun.

Aku lebih suka diam dari bercakap bila rasa marah itu kunjung. Takut nanti kalau dah mula bersuara, mula lah keluar bahasa-bahasa kurang sopan, ayat gampang serta langsi. Tapi ada orang takut dan sebut nama Tuhan banyak kali bila lihat aku marah.

Banyak orang macam tak percaya. Kenapa?
Alaa, aku bukan baik sangat pun.

*mengeluh

Bila aku, kakak abang semua dah besar sekarang, semua ada tugas masing-masing nak kena buat. Belajar, kerja, suami-anak. Duduk jauh dari mak dengan ayah. Tinggal adik wawa & zaraa jea dua orang kat rumah.

Budak kecil umur 11 tahun dan 5 tahun, setakat mana jea dia mampu tolong?

Kesian kat mak. Kesian kat ayah.

Aku dah masuk belajar, duduk jauh dari rumah. Mana dapat nak balik hari-hari. Kak long pulak duduk JB, lagi banyak tanggungjawab nak buat bila dah ada laki dan anak.

Untung lagi ada makcik aku yang nak tinggal bersama. Terlalu banyak pengorbanan yang dia buat sampai aku rasa takde siapa boleh ganti hati sebaik & semulia makcik aku.

Ada Kak aishah yang kadang-kadang pulang terus tidur letih kerja, aku mengerti. Kak Min yang sanggup berulang-alik tunaikan kemahuan adik kecil dan mak demi laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak & kakak.

Kak Min memang baik, baik sangat.


Tapi tak bolehlah kalau nak harapkan mereka jea. Mak pun kadang-kadang sampai letih tak daya nak buat apa, balik kerja sana sini dah penat. Aku kagum dengan mak. Mak berusaha keras untuk keluarga. Ayah pun sama. Sebab tue aku hidup untuk mereka. Sebab mak kata mak hidup untuk anak-anak dia.

*sebak

Maaf mak, sebab tak dapat nak tolong gosok baju kerja mak lagi. Ampun ayah, kerana tak dapat nak siapkan meja makan ayah. Wawa, zaraa, sorry okay sayang. Tak dapat nak tolong adik buat itu dan ini.

Jauh. Kedah. Memang jauh.
Tapi kakak janji kalau kakak balik, kakak tolong adik okay.

Haritu bila duduk bincang-bincang dengan mak ayah semua. Pasang telinga, dengar cerita nak cari pembantu rumah semula?

Ayah kejap nak kejap tak nak. Sibuk kata pembantu sekarang mana boleh pakai. Tak boleh nak percaya sangat. Nanti kalau dah duduk sini dia bawa lari itu ini, kita yang susah, mulalah melopong terkangkang. Betul apa ayah kata, memang betul, tapi kenalah fikir positif. Untuk kesenangan bersama jugak.

Mak pulak tak boleh nak bawa bergurau siket. Macam tak faham pulak yang ayah memang suka bergurau dengan lawak bodoh dia tue. Masing-masing ego tak nak kalah, padahal dalam hati masing-masing sebenarnya sayang. Tidur sekatil sebilik jea setiap malam.

alalala comel jea, huh gedik betul orang tua aku nie !

*gelak

Ikutkan bincang punya bincang, dengar masing-masing punya suara sumbang bagi pendapat itu dan ini, sampai hari lahir aku yang ke 19 pun tak kan selesai aku rasa.

Sabar lagi, ayah tak nak bibik, mak nak. Apalah susah sgt buat keputusan? Tak faham.

Nampaknya aku lah kena mula main peranan ni. Misi bermula.

Pujuk ayah, ayat-ayat siket, buat aksi gedik tahap meluat punya. Orang tua, kalau kita cakap baik-baik, hati jadi sejuk, baru senang nak dipujuk.

*masa-minit-saat-detik berlalu.

So amacam? Yes, ayah kata okay deyh. Bagusnya, gembira mak. Senanglah adik-adik lepas nie. Lega hati, tak lah rasa serba salah sangat. Tak lah berat sangat beban mak nak kena buat.

Untuk pengetahuan semua, barangkali, eh bukan barangkali tapi suatu kepastian. Akulah anak kesayangan ayah tau. Dalam semua adik-beradik. Tak bohong ni ehh.

Cuba tgk muka awak kat cermin bila cakap saya perasan, buruk lah.

Hihihi.

20090811

Hati Merah.

CINTA itu ;

Penawar

Kehilangan diri
Pengorbanan
Kasih sayang
1437
Ketamakan
Yang terindah
Mengubah tingkah laku kita
Ai shi teru
Kehilangan arah
Memerlukan ruang
Khayalan
Mengikut musim

dan cinta itu,

Memerlukan cinta.
***
Awak setuju ?

20090808

Mengidam.


Lagi indah kalau dapat bercuti kat sini,

Dan janji takan keluar rumah sibuk dengar cerita-cerita bohong mulut langsi oleh jiran-jiran kalau dapat duduk kediaman macam ni.

Kalau boleh nak rasa semua ni dengan awak seorang jea.

***

Ayah, saya anak kesayangan ayah kan?
Mak, mak nampak muda ah dari hari ke hari.

*Bwehehe

Rumah Paling Manis.

Kakak dah balik (:

Adik-adik menjerit teriak melompat keriangan. Salam peluk cium ayah mak dan semua di rumah. Sebak. Lepas rindu. Masa untuk bersama keluarga.

***
Hai awak, lama tak nampak?

20090807

Bad Day.

Kedah-Seremban-Pagoh-Johor Bharu.

Jangan gelak dulu tolong. Pertama kali dalam hidup jadi macam ni okay. Aku patut sampai Seremban 5 pagi tapi lain yang jadi.

Bus bertolak dari Alor Star 11 malam,
perasaan sangat teruja tak sabar nak pulang jumpa famili,
2 hari tak dapat tidur + buat assignment,
badan kurang enak
mengantuk tahap lebih tinggi KLCC
naik duduk beberapa minit terus tertidur
tersedar, masih area kedah
sejuk selsema sakit tekak
makan ubat selsema tidur semula
aku tersedar balik, masih ramai penumpang dalam bus
mesej tak dibalas, panggilan tak dijawab banyak gila
adik kat mana dah, kenapa tak sampai lagi?
bateri nak cakap bye-bye dah

abang, ni dah kat mana?
dah kat Pagoh dik.
ohh Pagoh, okay okay.
haa Pagoh? what-the-heck!
Pagoh bukan nak ke JB ke?
nangis teriak takut
ayah mak kakak iwan semua dah risau
abang driver jadi kesian campur kelakar
tidur mati punya pasal sampai tak sedar
terlajak terus ke Johor.
dah lepas ni jangan naik bus lagi
ayah tak bagi, i takan bagi.

semua kata relaks jangan takut
ayah mintak abg driver tolong jaga
30 minit, 1 jam bla bla
akhirnya sampai last station
turun Larkin
syukur alhamdulillah ada kakak duduk sana
jemput jumpa lepas rindu
barangkali mungkin sbb dah lama tak jumpa
anak buah, tue pasal sampai ke JB terus
punggung merengek sakit
mata kata ngantuk, badan mintak tilam
perut kata lapar
hati tergelak sendiri terkenang peristiwa
yang jadi, membabi.

hihihi, okay sekarang boleh gelak puas puas :D