20100314

Human.

Bosan dengan janji-janji melayu. Bosan dengan orang yang cakap tak serupa bikin. Bosan dengan perangai manusia yang tak boleh tengok orang senang siket.

Sendiri terpekik telolong, tapi tak siapa yang sudi tolong.

Tapi bila kau susah mulalah cari telefon, barulah nak ingat number. Barulah nak ingat mesej cakap rindu nak borak, rindu itu, rindu semua. Kononlah tue, macam aku tak tahu ada udang disebalik mee sebenarnya.

Jangan dolak dalih, aku dah tak ada masa lah nak dengar ayat-ayat manis menggula pembuka kata kau, straight to the point jea, itu lebih mudah kan?

Kalau ikutkan, duit yang ada nie pun tak cukup nak sara diri sendiri. Banyak benda nak bayar, banyak lagi benda nak pakai tapi aku tak boleh tengok orang lain susah, lagi-lagi bila kau dah jadi sebahagian dari hidup aku. Aku tak lupa janji kita, kawan kena ada masa susah senang. Itu bagi aku, tak tahulah kalau kau macam mana.

Aku bantu selagi aku boleh bantu, mungkin atas dasar kawan dan sayang barangkali.

Aku tak mintak banyak, bukan balasan, bukan apa-apa pun. Cukuplah sekadar ucapan terima kasih & rasa hargai tue. Entahlah, dah besar. Pandai-pandai lah fikir, pandai-pandai lah nak hidup.

Air mata nie dah sama banyak dengan hingus pun jangan harap ada orang peduli. Oh dont worry, aku dah biasa kena macam nie. Tade hal lah. & oh ye , esok lusa atau seterusnya kalau-kalau rasa macam teragak dah takde siapa nak sudi tolong, kau tahu mana nak cari aku kan ? Bye.

20100308

Hello Monday.

Bulan yang agak sibuk bagi aku , minggu dan hari-hari yang penuh dengan kerja dan kelas plus tengah mid term sekarang.

Kelas
Assignment
Tutorial
Test
Kuiz
Exam

Lagi dan lagi , hmmph -.- Oh, realitinya menjadi seorang pelajar universiti serious shit memenatkan.

Petang tadi sebelum masuk kelas jam 5.30 aku lepak dengan beberapa orang kawan kat library. Tengah sibuk borak-borak sorang kawan tanya , nama dia Philip orang Sabahan mix Cina , sibuk mencelah ,

" Gurl , dah lama saya nak tanya nie , bila saya boleh datang masuk meminang Gurl ? "

& I was like , errr awak merepek apa nie? Hahaha Philip philip , satu meja tergelak. Nasib baik lah kau comel kalau tak memang aku tak layan soalan kau tue, cakap taknak terus !

* gatal gila aku ;D

20100228

Dead Memories.

Dah lama sebenarnya abaikan rasa kesal tue , dan semua rasa yang ada tue dah buang jauh-jauh. Tolak tepi, jangan fikir, sedikit pun jangan. Dan sekarang bercakap pada diri sendiri ; tolonglah Gurl , for once fikirkan hati dan sayang diri sendiri dulu sebelum nak lepaskan pada orang lain.

Baikkk.

Orang cakap bila ada yang tegur tentang perilaku dan perubahan yang melonjak tentang diri sendiri kena terima dengan hati terbuka ? Ya betul lah tue , tak boleh nak melenting sangat nanti lagi berguni-guni teguran tue jadinya. Fikir positif jea lah , barangkali adalah tue betulnya. Aku macam manusia lain jugak , hari-hari buat dosa , hampir setiap detik buat silap.

Jadi aku mintak maaf kalau ada yang rasa aku dah lain. Kau tetap cuba untuk faham dan korek dalam-dalam kenapa dengan aku sebenarnya , tapi masih tak faham. Hey , tak apa lah , tak perlu faham kot. Biarkan aku saja yang faham dan tahu kenapa. Apa pun jadi aku tetap aku yang dulu. Masih.

Dan barangkali aku jea kot yang tak sedar benda yang aku buat tue macam satu kesilapan di mata banyak orang. Terima kasih sebab masih sudi tegur aku, terima kasih sebab masih sayang & peduli tentang aku.

Rindu kau Nad, sumpah rindu.