20090630

Is This Love?

Rindunya, lama sangat kot tak update. Aku dah masuk belajar, kat Kedah. Kesibukkan buat aku tak senang nak duduk depan laptop. Haih. Anyway, dengarlah aku nak cerita.

Nama dia Muhd Khairil Ridhuan.

Sejak aku kerja, sejak tu lah aku kenal dia. Dia selalu tegur aku,

habis kerja pukul berapa?

Soalan yang sama setiap kali dia datang dekat aku. Jawapan yang sama juga aku jawab kat dia. Masa tu memang layan macam biasa jea, takde langsung feeling lebih atau senang cerita memang takde perasaan apa apa pun lah. Jumpa senyum, dia kata hey, aku senyum balas balik hey.

Lepas aku kerja lepak dulu, dia ajak lepak sama. Dipendekkan cerita kami tukar number telefon dengan tujuan dia ajak aku join bisnes dia. Datanglah satu hari entah macam mana aku dan dia dah mula call dan main sistem pesanan ringkas.

Disebabkan aku nie single, handphone aku pun tak lah memekak. Tapi bila dah bosan, layan jea lah. Kejap kejap bunyi mesej, kejap kejap main handphone, dari siapa? Dari dialah, haha.

Hari ganti hari, aku rasa seronok kawan dengan dia. Aku senang dengan dia. Dia baik, memahami, caring gila babi pasal aku, pelik jugak tapi aku rasa seronok. Barangkali mungkin sebab aku dah lama tak rasa macam tue. Satu benda yang aku perasan, aku dengan dia memang banyak persamaan. (ecehh)

Apa yang aku tahu sekarang, aku dengan dia masih lagi dalam proses awal perkenalan tapi aku rasa macam dah bertahun kenal. Dia kata aku lain dari yang lain. Something different yang dia tak pernah rasa sebelum ni. Dia kata inilah chemistry. Mungkin kot.

Aku bahagia setiap kali ada dengan dia, sayang dia pada aku dah mula wujud dan apa yang lebih pasti lagi aku rindu dia dengan kerap tiba tiba. Bukan tiba tiba tapi setiap saat sampai aku tersengih sendiri teringat kenangan manis bersama baru baru ini, hihi.

Aku takut nak berharap apa apa sebenarnya, tapi aku mahu ia perpanjangan. Kalau tak ada dia, maknanya tak adalah orang yang akan buat aku rasa gembira semula.

***


Untuk awal minggu ni aku dah jumpa kawan yang sekepala dengan aku dan gila gila tahap cipan kat sini. Erin, Siti, Suri, Yana.

Sengal betul.







20090619

Bye bye.

Jiwa sedikit kacau beberapa hari ni. Mungkin kerana sudah agak lama melupakan Tuhan, macam biskut sekejap ingat sekejap lupa. Hinanya aku. Mungkin sebab penat kerja kot, esok hari last aku kerja. Mulalah nak sedih sedih rasa rinduu tu, haih dan mungkin juga sebab aku tak habis habis asyik perang mulut dengan mak jea.

Makin dekat aku nak pergi makin macam macam isu timbul. Padahal takda benda pun. Hmm, mak mak -.-

Lagi 3 hari lagi aku nak masuk belajar. Masuk negeri Kedah orang utara sana, ahh tak sukanya. Belum tentu aku dapat sesuaikan diri, sumpah akan ambil masa yang lama gila babi. Perasaan aku tak boleh nak tafsir sekarang. Nak kata aku excited tak lah sangat, gembira sungguh lagi lah tak. Apa yang aku tahu, aku nak merengek nangis sebab aku tak nak pergi pun sebenarnya, uwaaa.

Faiz dah lama takda cerita. Aku dah tau dah, kan dari dulu memang orang buat aku macam sampah & mainan, kalau kau rasa nak datang kau datang. Agak agak kau dah muak, dah jumpa game baru kau, kau blah kan? Aku ingat kau tak akan berhenti kawan dengan aku.

Tapi kau pun dah termasuk dalam salah satu list aku? Malas malas, biarlah. Tak nak fikir lagi dah, buang jauh jauh. Apa apa pun aku gembira selama kita berkawan.

Rasa sayang dengan rindu tu sama ke? Tak kan? Mana ada sama.

Satu permulaan baru, mungkin terlalu awal tapi apa yang pasti sekarang aku dah mula buka hati dan jiwa aku pada seseorang, lelaki. Mestilah, aku bukan lesbian. Dan apa yang lebih pasti lagi adalah aku akan kerap rasa rindu pada dia. Oh, susahnya bila dah ada rasa macam ni.

By-the-way, siapakah? Jeng jeng jeng. Nantilah. Belum ada apa apa pun lagi lah. Baru nak merangkak kenal, haha.

***

Dengar cerita ada orang menjerit sakan habis tengok Drag Me To Hell tempoh hari. Siapa? Hihihi, akulah!

20090612

Bukan benci, tapi dah letih.

Jika kau tahu menipu untuk mencapai hajat kau, aku lagi pandai menipu untuk mencapai hajat aku. Kalau kau tahu buat wayang dengan teruskan sembang sembang kosong dan cerita cerita dusta kau, mungkin aku lagi pandai kot. Atau kau memang boleh dianugerahkan dengan award acting paling jaguh?

Pada detik sekarang, dah terlalu ramai sangat dah golongan orang yang terlalu hebat dengan babak-babak cerita dan wayang yang di reka penuh emosi di meja meja dan tepi tepi jalan. Sebab tu lah wujudnya 'anak wayang'.

Aku dah letih dengan melihat penipuan alah gampang dan wayang yang kau asyik lemparkan pada aku. Percakapan dan perbuatan perbuatan yang tak masuk akal dan kononnya cerita kau lah yang paling lebat. Lepas sorang sorang. Haih, letih. Sumpah letih.

Bila kau buat macam tu, aku masih berdiam. Diam bukan sebab takut, tapi malas nak layan. Diam jugak tak bermakna kau boleh bercakap ikut suka hati mak ayah kau. Kalau kau betul betul sedar dan maksudkan apa kau cakap, aku akan terima maaf kau tu. Barangkali masih ada lagi wujud sifat memaafkan dalam diri ni.

Kalau aku punya kuasa, aku nak dan akan putar waktu tu dan cakap, kan bagus kalau aku tak kenal kau dari awal dulu? Dan kalau ikutkan nafsu gila dan emosi jiwa yang tak terkawal, aku nak sangat buang kau jauh jauh dalam lombong paling busuk sekali.

Janganlah kau nak cakap, sedangkan nabi pun maafkan umat. Itu nabi, nabi lain. Aku bukan Nabi. Aku manusia biasa dan perempuan yang sering kau mainkan. Perempuan yang bila kau rasa susah, oh ada aku. Perempuan yang kalau kau rasa bosan, cari aku. Perempuan yang saat kau hilang arah tak siapa ada disamping kau, terhegeh hegeh dan merangkak lah kau cari aku, dan sekarang perempuan ni juga lah yang kau caci maki hina buat tak tahu dan abaikan saat kau dah senang dan setiap kali rasa bahagia.

Ya, akulah perempuan itu. Terima kasih weh, aku hargai sangat sangat.
***

Arwah nenek aku selalu cakap, biar orang buat kita jangan kita buat orang. Malas dah nak fikir benda alah gampang ni. Pergi dapur makan biskut meri cicah kopi lagi bagus. Tapi kira kira kalau kau jatuh ke apa nanti, aku rasa kau tahu mana nak cari aku kan? Bye.

20090609

Go with the flow.

Saat ganti saat, hari ganti hari. Rasa sekejap sangat, pejam celik pejam celik dah masuk bulan enam. Cepatnya putaran waktu. Bila fikir fikir hidup tahun ini banyak dihabiskan dengan buat benda yang sama jea. Cuma bezanya tahun ni perasaan gemuruh itu selalu datang sebab hanya beberapa hari jea lagi aku akan masuk ke dunia menuntut ilmu. Bulan ni kau sering cakap benda yang sama jea.

"Nanti mesti aku akan rindu kau sayang"

*sedih

Beratnya nak tinggalkan rumah. Beratnya nak tinggalkan kerja. Nanti rindu nak kena bebel dengan mak, rindu nak peluk dgn ayah, rindu kongsi cerita dgn kakak, rindu nak main sama adik, rindu habiskan masa dengan kau, rindu semuanyalah. Haih, asyik asyik nak rindu. Ehh biarlah.

Perempuan itu. Ya, kadang kadang aku rindu perempuan itu. Rindu kalau fikir dan imbas zaman kanak kanak kita. Tapi penatlah kalau asyik rasa macam ni. Layanan gampang yang pernah kau hulurkan dan tikam pada aku. Sampai aku sendiri tak pasti sama ada rasa rindu itu perlu tak aku rasa untuk kau?

Keliling dah banyak bunuh kepercayaan. Semua benda aku buat ada sahaja suara suara sumbang tak puas hati. Sikit sikit nak terasa, sikit sikit nak marah. Ah, diri aku. Sukati aku lah nak buat apa aku rasa nak buat. Aku bukan kepunyaan siapa siapa. Jadi aku punya hak.

Jangan nak label aku atas kesalahan orang lain. Jangan nak cari masalah dengan aku kalau takde punca. Haha. Kau terasa? Oh, kesah pulak aku? Malas. Penatlah kalau asyik nak jaga hati dan perasaan orang lain jea.
***

*Duduk diam, nangis sorang sorang.

20090605

Nota hari ini.

Hari ini seperti biasa dan selalu. Cuma agak tension dengan kerja. Terlalu ramai. Sangat memenatkan. Nafsu marah aku datang singgah. Mood jadi hilang.

*pesanan masuk ;

"Baru sampai rumah. Kau dah mandi sayang? Pergi rehat okay"

Hilang sedikit rasa letih tu. Ternyata ada jugak yang masih ambil peduli tentang aku.
***

Oh, aku ada ucap selamat hari lahir pada sorang rakan rapat lama. Lelaki. Dia balas, thanks. Err, thanks jea kau cakap? Ah biarlah, bukan aku kisah sangat pun. Atleast aku tahu aku tak lupa. Selamat ulangtahun, Shah.

20090604

Gembirakah aku?

Punya rasa gembira itu bahagia, sudah agak sekian lama rasanya aku tak merasa gembira itu. Aku insan yang kurang menunjuk raut gembira. Entah kenapa aku sendiri tak tahu. Kesedihan yang sering aku tutupi disebalik senyuman dan gelak ketawa yang aku sendiri tak sedar sama ada ianya jujur atau sebaliknya.

Saat ini, mungkin aku sudah punya rasa gembira. Yang hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana lajunya degupan jantung apabila detik gembira itu kunjung.

Tapi aku takut nak rasa terlalu gembira sebenarnya. Sebab kadang kadang aku lupa, aku leka dengan kegembiraan itu sehingga aku jadi lupa pada-Nya. Banyak dosa dan hutang aku yang masih tak terbayar. Tuhan, maafkan aku. Beri aku masa, jangan kau tarik kegembiraan itu dari aku. Jangan kau ambil. Aku mohon, akan aku tunaikan.

***

Dan ampunkan aku kerana mempunyai hati yang lemah ini.

Cinta Disampahkan.










Setiap saat dengar, setiap kali menghayati ia juga seakan mengisahkan tentang kisah aku suatu ketika dulu yang terjadi beberapa bulan lepas tahun ini. Aku bodoh. Aku menjadi dungu bila mengharapkan cinta yang memang sudah pergi. Realitinya, aku menjadi makanan pada sang perempuan itu.

Sekarang tidak lagi, baru sedar inilah kehidupan sebenar. Bukan semua aku nak, akan kekal jadi punya dan hak aku. Terima kasih pada yang masih ada rasa sayang dan menghargai aku dalam hidup kalian.
***

Aku suka dengar lagu lagu puisi dari Fynn Jamal. Buat aku rasa hidup.

20090602

Dia.

Kerja dari hari ke hari sumpah memenatkan. Bosan asyik melayan pelanggan non-stop terutama masa value lunch. Haih, orang Cina kau memang tak reti memasak ke ? Memanjang jea bangsa kau datang menyinggah. Pesan pulak banyak gila macam tak pernah makan sebulan.

Jangan nak bising kalau servis agak lambat, padanlah muka kena beratur panjang. Kalau nak cepat sangat baktang diri kau try buat sendiri. Bodoh. Pasangan kekasih pulak masa orang tgh ramai lah sempat nak bermadu asmara.

Hello, ambil order dulu boleh tak ? Aku takde masa tau nak tgk drama kau.

Dulu masa mula kerja, mula kenal, label sebagai rakan kerja jea. Hari hari jumpa, hari hari bekerjasama. Pandang. Senyum. Kalau dapat masa break sama, dapatlah sembang macam macam. Berkenalan lah kononnya. Hihi. Lepas dah lama lama tu, makin rapat pulak. Budak budak sibuk bahan membahan pasal kau dengan aku. Kelakar, serious.

Bila orang tanya, kau mati mati menafikan, kau cakap dulu sama sekolah dgn aku masa form one sampai form three, bukan kenal sangat pun. Haha, penipu kuat ehh kau. Aku pulak bila mereka tanya aku cakap hanya teman kerja lah, janganlah fikir bukan bukan.

Hari ganti hari, kalau dapat masa sama kerja jea, tak sah kalau tak dengar orang bahan pasal kita. Ada jea suara nyaring sumbang sibuk gosipkan. Tak habis habis suruh bersama. Aku dengan kau pulak, selagi boleh nak tutup taknak bagi orang tahu. Tapi realitinya, memang makin hari makin rapat pun. Hihi.

***

Dari mula kenal sampai buat masa ini, aku seronok berkawan dengan kau, Faiz. Terima kasih.