20090430

Anger.

Hari yang memenatkan dan membosankan. Aku rasa marah pada diri aku dan orang sekeliling. Layanan yang macam gampang, perkataan yang keluar dari mulut buat aku benci pada semua dan diri sendiri. Aku rasa nak tumbuk dinding rumah aku sampai tangan jadi merah lebam, merasakan betapa bodohnya aku kerana melukakan diri sendiri.

Aku teringin nak tampar makcik sebelah jiran aku yang memekak marah anak dia, aku rasa nak menjerit sampai anak buah aku di JB dengar, aku rasa nak pukul adik aku sampai dia meraung minta dipujuk. Barangkali sudah hilang kewarasan dalam diri.

Aku rasa menyampah dengan melihat kebahagiaan orang terdekat dan sekeliling kerana merasa diri aku tak berguna dan sepi tanpa gelak ketawa yang sebenarnya aku tak sedar aku sudah pun punya nikmat bahagia. Bodoh, dungunya aku. Tak reti bersyukur. Ini bukan sifat aku.

Masalah aku sebenarnya apa ? Entah kenapa emosi marah itu tiba tiba singgah. Benci, meluat,rasa dikhianati,keadilan yang tak pernah aku rasa. Beri tahu aku siapa boleh tolong hilangkan perasaan ini ? Kau boleh ?

***
*ketuk ketuk ;
"siapa dalam toilet nie ? boleh cepat siket ? nak amik air sembahyang lah "

Aku.

2 ulasan:

Aishah Nur Hakim berkata...

kamu ini..sindrom down kah?
kasihahn sama anak jiran..
kasihan sama rayyan di jb
kasihan adik,..
kasihan kamu..

sudah..pegi basuh mekap..tido..

pms agaknya adik aku ni~

si gurl berkata...

mana ada lah , HAHA okay dah , hati lebih tenang buat masa nie (: